Wednesday, December 14, 2011

wordless wednesday - kayak

Assalamualaikum...

Monday, December 05, 2011

complete others



  
"Be the person that completes others, 
           then you'll see how amazing the life is



for manjae
picture from =)
http://justjethings.tumblr.com/
1 litre of tears

Thursday, November 24, 2011

Antara nasib dan takdir

Assalamualaikum...
dan juga hello kepada semua

Pernah tak anda berada dalam keadaan seperti gambar rajah di atas? 


huh..sigh.. kadang-kadang nak tidur tu boleh terfikir kejap, eh apa yang aku sedang lalui ni? sejak aku dari dulu sampai sekarang, semua yang aku buat ni betul ke tak? kenapa benda ni jadi kat aku? kadang-kadang tak terfikir pun aku akan berada di mana aku ada sekarang. Betul ke aku pilih jalan ni? sangat tertanya-tanya... duk sengsorang fikir pasal diri sendiri, memang macam ni ke yang jadi?


Apa saja yang berlaku sekeliling, yakin ada sebab musababnya, kalau tak mesti tak ditakdirkan berlaku kan? anda pernah terfikir tak sebab apa sesuatu perkara tu berlaku kat anda? tayar pecah? beg kena air kencing kucing? broadband habis limit??? paling habis boleh la fikir, lah ada lah hikmahnya ni, terima sajalah.. bagus lah tu, saya selalu berfikir macam tu. ok ke?

Jadi apa yang saya cuba nak sampaikan di sini, terimalah diri anda seadanya.. bersyukur dengan apa yang ada dan disamping tu usaha untuk jadi yang lebih baik. Bukan terima si-dia seadanya saja, terima diri sendiri pun boleh. Percaya tak kita lebih untung dari banyak orang??? nak dengar cerita? suatu hari mathama ghandi rasa sangat malang dan sedih kerana tidak mampu mempunyai walau sepasang kasut untuk melapik kaki ketika berjalan, menyebabkan kakinya sakit dan luka-luka. tak lama lepas tu dia berhenti buat macam tu. Sebab apa? dia ternampak seseorang, yang berjalan tanpa sebelah kaki.
Thanks for reading =)

Tuesday, November 01, 2011

lomo di Kuantan

 Assalamualaikum..

Beberapa minggu yang lepas saya ada pergi ke Kuantan untuk case study. Iaitu lawatan tapak lah kiranya. Ada entry tentang saya pergi ke sana di sini. Tak pernah lagi naz bawak kamera lomo pergi trip, ni lah kali pertama.

gambar yang berupa : henshin, pinggiran sungai kuantan, lampu hotel, bangunan teruntum


Trip yang ni agak kurang menarik berbanding trip-trip dulu, Kuantan kan, saya dulu pernah belajar kat sana, jadi dah selalu sangat pusing-pusing kawasan ni, jadi perasaan biasa itu muncul dalam diri. Tapi bila ada kat sana dengan kawan-kawan kelas, rasa menarik plak deh. Rupanya, Kuantan memang bandar yang menarik..percayalah..

Korang suka analog-analog lomografi ni tak? Boleh la berkongsi kan. Saya suka gambar-gambar macam ni, ada kawan jadi pening tengok gambar bertindih-tindih nih, hehe..korang rasa macam mana? Apa yang saya suka analog ni, tak perlu setting segala macam kamera biasa. Keluarkan kemera terus snap(lepas rotate film)


Masjid negeri Kuantan+padang di tepinya, lampu jalan+awan nano

Deretan kedai, kawan-kawan di tepi sungai kuantan

Apa yang jadi, banyak gambar bukan di ‘pose’. Jadi kenangan tu ada lah kan ^_^, saya rasa kenangan yang kita ‘pose’ tak original, tak rasa keadaan di situ. Bila reaksi biasa, kita saya dapat rasakan keadaan masa tangkap gambar tu. Oh, tidak dapat diupload gambar tersebut, nanti ada yang marah...gambar tersebut ada yang amat tidak sesuai untuk tatapan umum..he3.. 
Jadi kat sini banyak saya banyak upload gambar permandangan je ok..hoho. oh ye, tiada penglibatan makhluk halus atau entiti-entiti misteri dalam pembikinan gambar-gambar di atas, multiple eksposure ok..

terima kasih sudi membaca...

Thursday, October 20, 2011

Thanks everyone

Assalamualaikum...


17 Oktober 2011 adalah tarikh yang sangat bersejarah. Begitu juga 17 Oktober tahun-tahun yang lain. bukan sebab hari terakhir boleh validate course, tapi dengan pasti itu adalah disebabkan tarikh lahir saya. Untuk lebih tepat, pada 2.15 petang pada surat beranak. Di sini saya dengan rasa sangat terharu melahirkan rasa terharu seraya mengucapkan terima kasih sambil terharu pada yang ucap selamat pada saya hari tu, tak lupa juga ramai yang buat ucapan serta mendoakan yang baik-baik buat saya. Oh, saya rasa sangat terharu mempunyai teman-teman seperti kalian.

Apalah hari lahir tanpa wish, begitu jugalah apalah wish kalau tak rasa terharu. Banyak betul komen-komen di muka buku, mesej fb dan SMS yang diterima masuk. Sampai kelas pagi tu kawan-kawan wish.. ada nyanyi lagu hari jadi bahasa mandarin.. nyanyi lah bahasa Korea berirama k-pop pun saya masih juga rasa terharu juga. Oh, terima kasih. Saya dapat coklat. Dah lama tak dapat hadiah coklat. Terima kasih kepada si pemberi.


<--expresitasi rasa terharu yang tidak dapat diluah keluar
Di rumah sewa ada seekor kucing yang bunting. Pada tarikh lahir saya beliau telah memberanakkan dirinya. Bukan anak saya tapi anak kucing. 5 ekor. Buat sekali lagi hari tersebut terasa lebih istimewa dengan kedatangan 5 ekor cahaya mata kucing. Semoga anak-anak kucing tersebut tidak nakal-nakal dan tidak memilih makanan..kepada Ibu kucing, tahniah dan selamat menjaga anak-anakmu. 


Alhamdulillah, saya masih dikurniakan pelbagai nikmat untuk masih menghirup udara dan merasai nikmat Allah yang sangat berharga. Sudah lebih 20 tahun. Moga saya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba dengan baik..amin..

Mak saya tanya, birthday kali ni hajat apa? saya terkesima lalu tak menjawab.. sampai sekarang masih terfikir..

picture source : lyana ali

Wednesday, October 12, 2011

wordless wednesday - love love love

Assalamualaikum...

Monday, October 10, 2011

JOM JOIN BLOGLIST REYNN..

Assalamualaikum...


Buat julung-julung kalinya Naz akan menyertai bloglist. Tak pernah lagi menceburi bidang bloglist ni. ReYnn...Beliau merupakan seorang blogger yang disegani, berstatus retis tetapi berjiwa tak retis. oh sungguh kompleks perwatakannya, namun diakui blog beliau sangat menarik dan penuh pengisian, banyak perkara baru yang naz dapat tahu.Tahu?

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan cik ReYnn merupakan gadis yang baik hati serta berkeperibadian sopan santun lagi penyantun. Blogger yang rendah diri ini sangat sukakan benda yang comel-comel, macam doodle di atas tu. Jadi naz buat kesimpulan sendiri mesti dia suka kucing. betul tak ReYnn??

'JOM JOIN BLOGLIST ReYnn telinga gerak-gerak
hihi..jangan marah ReYnn

Untuk maklumat lanjut, sila klik doole comel bertudung di atas, kalau klik kepala kucing bawah ni pun boleh..haha (telinga comel ni tiada kaitan dengan si empunya badan harap maklum..hehe)


ha kawan-kawan, jom la join!  click to believe

Sunday, October 09, 2011

saya di kuantan

Assalamualaikum...
Berada di kuantan untuk case study.. memang memenatkan..tapi seronok itu terasa.

Ada satu gambar yang menunjukkan suasana.dalam banyak-banyak gambar, saya pilih yang ni.

Saya dan domo-kun


Ha, ada gambar lagi masa trip ni..cuba tengok. Ni kat Teluk Cempedak. Setelah berpenat lelah di bangunan yang kami kaji, kami dipandu oleh pemandu bas ke lokasi ni. Masa dalam perjalanan yang hujan lebat baq hang..sampai-sampai tak hujan dah. Alhamdulillah..

Pandangan ke arah laut

Muzium Sungai Lembing pun kami pergi, memang banyak pasal perlombongan dalam tu. Memang bernilai sejarah pameran-pameran dalam muzium ni. Tapi yang terbaik pemandangan lanskap sekitar bangunan,
oh kami bergambar tak hengat...

Depan bangunan tersebut

Saya dah melangkah ke Shah Alam pun. Kuantan in Memory+report pending in mind

moral untuk saya hari ni,
Tak perlu merungut. Tak untung pun

Friday, September 30, 2011

saya kawan awak kawan saya

Assalamualaikum...


Terkadang janji tak sengaja dimungkiri, bukan kerana tidak menghargai hadirnya kamu sebagai sahabat. Hanya kerana sudah ditakdirkan janji ini hanya tinggal lafaz janji. Masa berubah, ia berubah. Tak kira apa.


Aku hanya mahu kau tahu, kau sahabat. Lebih indah bagiku jika aku ungkapkan sebagai kawan. Warna-warni pelangi hidupku tak akan lengkap tanpa hadir mu sebagai warna kita, warna-warna sahabat. Bukan aku minta diri ini diampuni, simpanlah jika masih ngilu dirasa dihati. Sangat cukup walau ku dengar ucapan selamat malam darimu, walau sekali lagi. Aku cuma mahu rasa hadirnya dirimu lagi.

Pedih kan? aku seakan rasa apa yang kau lalu, betul aku tak tipu. Aku pun tentu akan menyepi bila ia berlaku, ya..aku pun akan buat sama dengan apa yang kau buat sekarang. Ah, entahlah tak boleh lagi aku tulis kata yang dapat menghuraikan apa yang aku rasa, biar la setakat ini T.T

Awak tahu, awak kawan saya..

Rainbow Twilight Pictures, Images and Photos



cresdits to:
photobucket.com/home/rlbit6
photobucket.com/home/ceemeeflash
friensxite.com

Wednesday, September 28, 2011

wordless wednesday - profile picture

Assalamualaikum...







source : phdcomics.com

Saturday, September 24, 2011

Jangan sedih adik =)

Assalamualaikum...
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.- Surah Al-Imran ayat 139

Dalam hidup kita, selalu ada perkara yang tidak kita jangka, kalau perkara tu sesuatu yang kita suka, baguslah.. Namun ada juga yang sebaliknya, membuat kita rasa gelisah. Ada hikmahnya dik, Insyaallah... semua orang pernah ditimpa kesusahan dan dugaan, cuma mungkin dalam bentuk yang berbeza-beza.
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. -Surah Al-Baqarah ayat 286
ada orang yang rasa sedih sebab rasa mereka miskin, tanpa sedar mereka bahagia dengan anak-anak yang berjaya dan keluarga yang bahagia.

ada orang yang rasa gembira sebab rezeki yang melimpah ruah, namun dalam hati selalu resah teringatkan anak-anak yang bermasalah.

senario kat atas tu yang selalu naz dengar. Apa yang saya perasan, ada pro dan con.. mungkin yang kaya, sangat teringin nak rasa situasi bahagia, yang kaya sangat nak rasa situasi bahagia tadi tu. Apa yang saya nak sampaikan kat sini, siapa pun kita, dugaan akan sampai dari pelbagai sudut. yang mungkin kita tak jangka.

 
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Surah Yusuf:12 





Hadis Abu Said r.a: Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap musibah yang di timpa ke atas orang-orang mukmin yang berupa sakit yang berterusan, sakit yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada kebingungan dari musibah yang beliau alami, maka hal yang demikian merupakan penghapus bagi kesalahan-kesalahannya" .-Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #4670
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui. Surah Al-Baqarah:216
Jika kita terus rasa sedih tanpa tahu apa yang patut kita lakukan, berserahlah kepadaNya, berdoa dan bermohonlah agar ditunjukkan jalan.
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. -Surah At-Taubah ayat 129
References:
Sahih Muslim
Iluvislam
islamic-testi.blogspot.com
dedicated to fyka

Friday, September 23, 2011

Kawin kawin kahwin

Assalamualaikum...

Carilah wanita atau lelaki dengan niat :


Dan bukanlah hanya untuk keseronokan duniawi . . .

Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]


 Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a bertanya:
Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah.
Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab:
Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami:
Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu.

wallahu a'lam


References 
Sahih Muslim
http://idontriderollercosters.tumblr.com/

Saturday, September 10, 2011

Why I like ubuntu

Assalamualaikum...


The Origin... from Agustin Eguia on Vimeo.

Linux Pictures, Images and Photos

This entry obviously is about ubuntu, not yammering about it but to tell what I feel when using it.

Ubuntu Linux Distribution Pictures, Images and Photos

It's relatively fast just as I need when using a computer. even if it is used in old computers, it still can be considered fast! start your computer within seconds instead of minutes. Compared to what you can say up-to-date windows that I find need higher requirements of hardware as it is updated. Yet, starting tu run slower day after day. Not only that, the words that easily came out of windows users when their computers hangs..reinstall..format...!!!

entry dwibahasa la plak..haha, ni edisi bahasa melayu...

apa itu ubuntu?

sebuah operating system percuma menggunakan Linux. Ia adalah sumber terbuka. Banyak perbezaan, antaranya internet terasa lebih laju.. bayangkan guna broadband dan bar line tu kosong, tapi saya boleh download mp3. Antivirus dan apps tersembunyi amat menganggu bila nak suft internet di dalam windows.


Piracy Pictures, Images and Photos

Dengan ubuntu, tiada lagi aktiviti ke-lanun-an iaitu cetak rompak. kalau pelajar kolej, yang feymes ms office ngan photoshop. cd windows pun terbabit. agak bertuah dan ajaib nak beli yang original masa terdesak. tambah-tambah format bilik sebelah yang RM10 tu. Melalui ubuntu, software adalah percuma, cuma download.

computer virus Pictures, Images and Photos
virus..gamat, bisa terinfeksi. dengan ubuntu, beres!
tak risau lagi tentang virus ke trojan, mahupun cecacing yang boleh memamah assignment bernilai 4 credit hour. Tiada virus yang terbukti mampu merosakkannya lagi. percaya tak?




see to believe, komputer yang nazak untuk windows mungkin akan steady untuk ubuntu. grafik pun bagus walau spec biasa-biasa. namun pastikan anda faham cara nak install sebelum install. dual boot adalah dinasihati. download installer yang legally free di sini terima kasih

Microsoft Windows 94 Pictures, Images and Photos
Dulu-dulu selalu mengadap gambar ni, masa sekolah rendah

banyak lagi faedah lain serap di sini
sumber sedutan gambar photobucket

Friday, September 09, 2011

Amadkhir's First Giveaway

Assalamualaikum...



amadkhir telah mengadakan 1st giveawaynya yang merupakan
RAYBAN 3025 FRAME AVIATOR + topap bernilai rm10 setiap seorang. amat berbaloi-baloi terutama bagi yang akan mendapatnya secara free. Marilah menyertai aktiviti ini..


Tanpa ragu-ragu, kalau pakai macam hero hindustan

ada orang tertanya-tanya pompuan sesuai tak pakai spek ni. jawapannya pakai je, sebab spek ni tak tulis pun for men ke women.. kan ada bentuk round2 kat spek ni, kita ada bentuk kewanitaan la spek ni.ye idak? nak pakai ke mahkamah syariah pon boleh..



oh I LIKE! nampak retro kan



bagaimana nak menyertai? sila tekan banner di atas untuk proses pertama dan ikut arahan beliau, terima kasih.
ni pertama kali saya masuk benda camni. rasa ada can menang tak? ada....haha



secara konfiden dan sukahati, saya tag :
abam kawasan
merah

Wednesday, August 24, 2011

Doodle raya

Assalamualaikum...







Merah itu jambu bermurah hati berbudi pekerti memberi doodle free sempena raya yang dirai. Jom pepakat terjah blog beliau pilih doodle baju raya. Saya amik kaler biru, fuh semangat nk raya!

Wordless Wednesday - Red light

Assalamualaikum...

Life does not have any traffic light that lights the yellow before the red. Red might even come before the usual 'life expired date'.
don't be too late,
Ramadhan is the highway for us to prepare (:
It is still green..gentleman, start your engine...


[green-drive] [yellow-prepare to stop] [red-stop]

Tuesday, August 23, 2011

Shopping kuih raya

Assalamualaikum...

Memandangkan raya dah tak lama lagi, bekas kuih pun tengah empty, orang mai nak raya tak kan nak bagi spegeti, naz sekeluarga pon keluar membeli-beli.

Mak yang ajak saya shopping sekali, saya selaku pemegang checklist bahan belian, saya ON je. bukan selalu buat aktiviti ni, setahun sekali lagipun yang dok perabih kuih tu pun saya yang ambil peranan..
Lokasi shopping yang ni dekat dengan rumah, Econsave Parit Buntar.

Gambar entri yang ni nampak kreatif tak? ha..cer teka pasal apa.

Tak beli pun kuih-kuih gojes ni. Buat penyejuk mata je sebab nak buat sendiri kuih-kuih macam kami. Mak kata almond london tu tak berkilat sebab tak pakai lemak sayuran..tak pun sebab coklat campur air..tak awesome la camtu kan? tunjuk gambar ni bajet beli je kan? hihi

Ni adik saya, awan. Balik-balik sekolah kami terus kami jemput pegi shopping. Apalagi, tukar pakai jersi bola Malaysia! memang fanatik harimau malaya.

Orang kata nak bagi licin muka pakai scrub. Digalakkan buat wanita. saya memang setuju lepas tengok sendiri *angguk2* tapi tak rasa nak cuba sendiri. Memberi kesenangan setiap hari, itulah motonya. oh tak, ni scrub cuci belakang kuali rasanya..

 
Awan dari tadi dok cari sampin..bila jumpa je, excited macam pak kaduk menang sabung, tapi disebabkan tak beli baju raya lagi, tak tau warna apa yang sesuai.Tak beli... ~awan dilanda kekuciwaan buat sementara. saya tak gemar pakai ni, seronok ke pakai sampin?? *macam shortskirt -_-' <--sapa cakap??*

Sampai di bahagian biskut terpopuler, biskut meri. Tak sangka biskut ni ada macam-macam jenis sebab rasa macam tak pernah beli lagi. Selalu beli roti mayat tu je. Beli ni untuk raya ke? takpun..nak buat kek biskut meri coklat2 tu. Bila dah siap rasa-rasa sedap tak ye?? awan plak beli biskut boboiboy tu kat sini. peminat boboiboy tu..

Dadih, butrcup, bendi...serbuk koko nak buat kek coklat. Korang mesti penah makan kek coklat kan? tu feveret umah kami selepas kek pisang. Oh ye, kek pisang suatu kek rasmi rumah kami ketika hari raya. tapi beli je.. Perasan tak, kek pisang malam raya selalu habis??


Bahagian segar-segar turut dikunjungi. Nak beli sayur sebab malam tu berbuka masak tomyam yang ada cendawan. LIKE! tomyam masak sendiri memang terbaik! makan bersama  koew tiaw dan mee. memang tambah.

-_-' oh tak sempat nak berkenalan dengan cashier. Bz sungguh nampaknya. Tak hairan la, saat orang pakat-pakat nak buat kuih. memang tak cukup tangan lah beliau sampai rasa nak bagi pinjam tangan je.

Kami cari acuan biskut Y, tak jumpa lah plak. kalau pakai acuan donut jadi biskut O plak kang. tak pe lah, nanti nak beli kat bagan serai je,
abaikan biskut Y... yang penting almond london dulu, almond london dulu...!


Sebelum kami masuk kereta nak balik, awan kemain sambung2 
troli kat tempat parking ~dia kata "tolong orang dapat pahala", hiihi bagus budak ni, adik sape la..

thanks for reading.. semoga kuih dimasak dengan jayanya...amin..