Thursday, November 24, 2011

Antara nasib dan takdir

Assalamualaikum...
dan juga hello kepada semua

Pernah tak anda berada dalam keadaan seperti gambar rajah di atas? 


huh..sigh.. kadang-kadang nak tidur tu boleh terfikir kejap, eh apa yang aku sedang lalui ni? sejak aku dari dulu sampai sekarang, semua yang aku buat ni betul ke tak? kenapa benda ni jadi kat aku? kadang-kadang tak terfikir pun aku akan berada di mana aku ada sekarang. Betul ke aku pilih jalan ni? sangat tertanya-tanya... duk sengsorang fikir pasal diri sendiri, memang macam ni ke yang jadi?


Apa saja yang berlaku sekeliling, yakin ada sebab musababnya, kalau tak mesti tak ditakdirkan berlaku kan? anda pernah terfikir tak sebab apa sesuatu perkara tu berlaku kat anda? tayar pecah? beg kena air kencing kucing? broadband habis limit??? paling habis boleh la fikir, lah ada lah hikmahnya ni, terima sajalah.. bagus lah tu, saya selalu berfikir macam tu. ok ke?

Jadi apa yang saya cuba nak sampaikan di sini, terimalah diri anda seadanya.. bersyukur dengan apa yang ada dan disamping tu usaha untuk jadi yang lebih baik. Bukan terima si-dia seadanya saja, terima diri sendiri pun boleh. Percaya tak kita lebih untung dari banyak orang??? nak dengar cerita? suatu hari mathama ghandi rasa sangat malang dan sedih kerana tidak mampu mempunyai walau sepasang kasut untuk melapik kaki ketika berjalan, menyebabkan kakinya sakit dan luka-luka. tak lama lepas tu dia berhenti buat macam tu. Sebab apa? dia ternampak seseorang, yang berjalan tanpa sebelah kaki.
Thanks for reading =)