Tuesday, August 23, 2011

Shopping kuih raya

Assalamualaikum...

Memandangkan raya dah tak lama lagi, bekas kuih pun tengah empty, orang mai nak raya tak kan nak bagi spegeti, naz sekeluarga pon keluar membeli-beli.

Mak yang ajak saya shopping sekali, saya selaku pemegang checklist bahan belian, saya ON je. bukan selalu buat aktiviti ni, setahun sekali lagipun yang dok perabih kuih tu pun saya yang ambil peranan..
Lokasi shopping yang ni dekat dengan rumah, Econsave Parit Buntar.

Gambar entri yang ni nampak kreatif tak? ha..cer teka pasal apa.

Tak beli pun kuih-kuih gojes ni. Buat penyejuk mata je sebab nak buat sendiri kuih-kuih macam kami. Mak kata almond london tu tak berkilat sebab tak pakai lemak sayuran..tak pun sebab coklat campur air..tak awesome la camtu kan? tunjuk gambar ni bajet beli je kan? hihi

Ni adik saya, awan. Balik-balik sekolah kami terus kami jemput pegi shopping. Apalagi, tukar pakai jersi bola Malaysia! memang fanatik harimau malaya.

Orang kata nak bagi licin muka pakai scrub. Digalakkan buat wanita. saya memang setuju lepas tengok sendiri *angguk2* tapi tak rasa nak cuba sendiri. Memberi kesenangan setiap hari, itulah motonya. oh tak, ni scrub cuci belakang kuali rasanya..

 
Awan dari tadi dok cari sampin..bila jumpa je, excited macam pak kaduk menang sabung, tapi disebabkan tak beli baju raya lagi, tak tau warna apa yang sesuai.Tak beli... ~awan dilanda kekuciwaan buat sementara. saya tak gemar pakai ni, seronok ke pakai sampin?? *macam shortskirt -_-' <--sapa cakap??*

Sampai di bahagian biskut terpopuler, biskut meri. Tak sangka biskut ni ada macam-macam jenis sebab rasa macam tak pernah beli lagi. Selalu beli roti mayat tu je. Beli ni untuk raya ke? takpun..nak buat kek biskut meri coklat2 tu. Bila dah siap rasa-rasa sedap tak ye?? awan plak beli biskut boboiboy tu kat sini. peminat boboiboy tu..

Dadih, butrcup, bendi...serbuk koko nak buat kek coklat. Korang mesti penah makan kek coklat kan? tu feveret umah kami selepas kek pisang. Oh ye, kek pisang suatu kek rasmi rumah kami ketika hari raya. tapi beli je.. Perasan tak, kek pisang malam raya selalu habis??


Bahagian segar-segar turut dikunjungi. Nak beli sayur sebab malam tu berbuka masak tomyam yang ada cendawan. LIKE! tomyam masak sendiri memang terbaik! makan bersama  koew tiaw dan mee. memang tambah.

-_-' oh tak sempat nak berkenalan dengan cashier. Bz sungguh nampaknya. Tak hairan la, saat orang pakat-pakat nak buat kuih. memang tak cukup tangan lah beliau sampai rasa nak bagi pinjam tangan je.

Kami cari acuan biskut Y, tak jumpa lah plak. kalau pakai acuan donut jadi biskut O plak kang. tak pe lah, nanti nak beli kat bagan serai je,
abaikan biskut Y... yang penting almond london dulu, almond london dulu...!


Sebelum kami masuk kereta nak balik, awan kemain sambung2 
troli kat tempat parking ~dia kata "tolong orang dapat pahala", hiihi bagus budak ni, adik sape la..

thanks for reading.. semoga kuih dimasak dengan jayanya...amin..

4 comments:

red gitarputeh said...

hahaha. berjalan pun ingat kamera kaa?? :P

Nazirul Suhaimi (Razi Suhaimi) said...

red - ni kamera special..hehe

missa said...

wow ! bnyaknya nak buat kuehh ~~
sapa yang buat nih?
oh btw, biskut meri tuu untuk buat kek batik kowt kan? hehe.

Nazirul Suhaimi (Razi Suhaimi) said...

missa - ye, kek batik..mmg sedap kek tu ^_^ kuih yg banyak tu kilang buat rase, naz mse tu baru beli bahan je..hihi.. slamat hari raya missa! ^^