Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #2 - doodle AutoCAD

Assalamualaikum...

P/s : disebabkan kepesatan seni pembuatan doodle yang pesat, saya cuba menyertainya. Namun di atas ketiadaan essential skills dalam paint, Autocad mengganti. Tak lawa, saya tahu Y-Y.

Wordless Wednesday - telur apa?

Assalamualaikum...

Monday, August 15, 2011

Kau tersenyum ku tersenyum

Assalamualaikum..

Entri tergempar bulan puasa ni nak bercerita tentang kelebihan aktiviti senyum kepada diri dan persekitaran kita. Mesti korang banyak tau hikmah senyum kan? memang diciptakan sesuatu kerana ia berfungsi. "Senyum", kegiatan mudah yang tidak memeras wang dan keringat..tapi banyak kelebihan!

Di sini dikumpulkan antara kebaikan senyum beserta hadis dan kata-kata yang menggalakkan perilaku senyum di antara manusia sejagat. *senyum depan screen*

"Senyumlah, senyum tu bagus!", 
kata naz zan..hik3

Okey, sori -_-' ..teruskan membaca

Myspace Smile Graphics Quotes


Bila tengok orang yang senyum kita pun boleh senyum kan, macam lagu malique feat najwa tu ~senyum, tak perlu kata apa-apa..

Abdullah bin Harits mengatakan, 
"Saya belum pernah melihat seorang pun yang paling banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." 

(Riwayat Ahmad).

senyum comel



Kelebihan senyum dari segi dalaman

1. Saintis menyatakan senyuman itu suatu senaman dalaman yang bermanfaat kepada sistem badan
2. Pengkaji mempercayai senyuman di permulaan hari dapat menceriakan hidup dan memberi kegembiraan kepada badan.
3. Hanya 17 otot muka diperlukan untuk senyum berbanding 43 untuk mengerutkan dahi.
4. Senyum menghasilkan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi yang menenangkan diri.
5. Dipercayai merangsang kedua-dua belah otak seterusnya meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ketegangan otot dan tekanan psikologi dapat dilegakan yang membantu otak lebih peka dan mudah menerima maklumat baru.


Hmm, kat sini paling jelas saya nampak yang no 5. ikut pengalaman persendirian, selalunya cikgu yang selalu senyum dalam kelas, pelajar-pelajar pun ikut senyum..kemudiannya rasa lagi mudah faham walaupun add math..terasa kimia antara guru dan pelajar. *angguk*
Jelas juga senyum tu sunnah. Sangat bagus bila diamalkan ^^


Ini pula kelebihan senyum dari pandangan luar

1. Memberi expresi baik kepada sesiapa yang kita jumpa. Sesiapa yang bertemu kita akan berasa senang dan lebih tenang.
2. Mengeratkan silaturahim di samping mempercepatkan kemesraan antara satu sama lain.
3. Menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai keyakinan diri dan tak mudah patah semangat.
4. Membuatkan seseorang itu nampak friendly / peramah yang memudahkan kita bertegur sapa.
 


Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : 
"Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" 
(Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

.
.
.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh HR. Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda, 
“Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu,  walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain,”.

.
.
 .
"Senyum itu akan terasa berat dilakukan bagi jiwa yang belum dibiasakan dengan kebaikan" 
-Muhammad Qutb

nak senyum tak? ikhlas ke, kalau iye..
terbaik! - boboiboy


p/s - Did you smile today? ^_^

Sunday, August 07, 2011

Antara kanak-kanak, kartun dan media

Assalamualaikum...

hari tu saya main YouTube, cari video zaman saya kanak-kanak dulu. Walaupun terasa diri masih muda, nak kenang jugak kenangan kecik-kecik dulu..



Disney's Adventures of the Gummi Bears

tengah layan, terbaca beberapa komen kat video ni...


"theres no good cartoons anymore. the 80's and 90's was full of toons that teached people good moral lessons"

"I think todays cartoons are dumbed down for a reason.Tv teaches kids morals more than parents will care to admit.Mask,Ulisees,Thundercats­,all great animation,fantastic soundtracks but had the underlying theme of fighting for justice being always a fight! Today kids watch random shouty badly illustrated throwaway crap. But its designed that way."

-antara komen

saya setuju dengan pendapat ni...rancangan kartun sekarang agak tak sesuai.
Anda?


[budak lahir 80-an rase mesti pernah tengok] Bagi yang tak penah tengok cerita ni, 

cerita ni memang cerita tentang nilai-nilai murni
cerita tentang persahabatan, tolong menolong, dengar cakap orang tua...


Tapi cerita kartun zaman sekarang? 

bukan nak kata cerita-cerita yang selalu kita tengok sekarang ni tak bagus untuk kanak-kanak.
tapi pada pendapat saya, cerita kartun atau rancangan kanak-kanak sepatutnya menerapkan nilai yang baik kepada kanak-kanak.

bukan sekadar bermotif hiburan semata.

dan bukan juga merapu dan motif untuk market saja.

        9 Mil Remote Pictures, Images and Photos
        somehow, television shapes the children



        Balik ke tajuk utama.                                                                                                   
        resam kanak-kanak, yang dewasa buat, diorang ikut. betul tak?
        apa yang diperhatikan oleh kanak-kanak mudah mereka ikut. seperti rancangan di televisyen.

        banyak perangai yang diamalkan dari kanak-kanak akan dibawa ke zaman belasan tahun. setuju lagi?
              "perangai kanak-kanak zaman sekarang amat berbeza dengan dulu-dulu, setuju tak?"
                Happens around us

                Eh, tu zaman dulu-dulu bro..kartun sekarang dah canggih
                Dulu lain, sekarang lain
                Dulu bujang sekarang dah kawin...

                setuju lagi,
                memang dah lain sangat..zaman berubah.


                kanak-kanak perlu juga mengalamai modenisasi global yang merubah gaya pemikiran dan perilaku sosial yang difikirkan perlu untuk terus berada di hadapan.

                namun, janganlah kita menjadi seperti
                "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran"
                Jadi, apa nak buat?                                                                                                    
                cerita apa yang sesuai untuk kanak-kanak sampai ke orang tua?

                cerita yang yang dapat beri pengajaran dan mengembangkan minda
                    Stories about Prophet - interesting stories with moral values for all generations


                    kisah-kisah nabi dan para sahabat patut menjadi pedoman atau mungkin juga dijadikan bedtime stories. melaluinya, kanak-kanak boleh mendapat  role model terbaik!



                    bulan ramadhan ni banyak rancangan kanak-kanak sekarang bermotif ilmiah, alhamdulillah

                    entri teguran kepada diri sendiri dan kawan-kawan.

                    terasa buat entri keibubapaan pulak..
                    credit for beautiful drawings :
                    a beautiful story & children see children do - by nayzak