Thursday, August 18, 2011

Tips mengelak keracunan makanan

Assalamualaikum...
Kes keracunan makanan telah menjadi isu yang telah terkeluar di televisyen dan mulut-mulut terutama ketika berlangsungnya aktiviti makan makanan beli di bazar ramadhan.

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini. Saya ingin mengupas, mencungkil serta memaparkan kepada anda isu terhangat ini.

Keracunan makanan secara warasnya bukanlah makanan yang diletakkan racun di dalamnya kerana ia lebih tepat dinamakan makanan beracun. walaupun kedua-dua perkataan tersebut seakan adik beradik. Keracunan makanan selalunya dikaitan dengan makanan yang menyebabkan perut sakit hingga minyak angin disapu ke perut dan doktor diperlukan secara segera.


Antara gejala-gelaja abnormal manusia keracunan makanan adalah seperti :

rasa mual, pening-pening, muntah-muntah serta perut rasa terganggu.
Jadi dengan adanya saya disini, ingin saya memberi tips-tips yang juga hangat untuk tatapan anda.


Walaupun begitu, tipsnya bukanlah seperti kalau tak nak keracunan masak la sendiri, basuh tangan selepas keluar tandas ataupun makan buah-buahan tempatan je sudah.. Tips di sini adalah lebih up to date yakni lebih menepati gaya hidup sensasi.

Tips memilih makanan di bazar ramadhan




-Beli makanan yang bertutup
Makanan yang bertutup adalah makanan yang tidak terlalu terdedah kepada persekitaran. Pendedahan yang berterusan mampu mengundang lalat atau bendasing seperti habuk, asap kerata api KTM, dan juga titisan bersin oleh pengunjung bazar tersebut.

-Perhatikan tekstur makanan semalam
Tekstur makanan memainkan peranan yang penting. Ini disebabkan makanan basi semalam iaitu makanan tak habis jual dipanaskan dan dipasarkan semula demi save budget atau balik modal. Pertanyaan kepada si penjual adakah itu masakan semalam adalah kurang bijak kerana susah nak mengaku kerana malu-malu.

-Korek-korek kalau rajin
Disebabkan kesempitan waktu a.k.a masa mencemburui mereka, makanan mungkin tak cukup masak. Jikalau membeli ayam baguslah kalau korek-korek mana tahu dalam masih mentah. Tekstur daging mentah bolehlah dirujuk di kedai daging.

-Air paip ke air masak
Air paip yang seringkali digunakan untuk buat air tatkala kenduri juga merupakan tektik sama sering digunakan para penjual. Bagus sangatlah kalau di gerai minuman tersebut tertulis "air dimasak" sepertimana gerai murtabak yang sering tertulis "telur dibasuh". Modus operandi ini dapat dielak dengan membeli minuman tebu yang diproses depan-depan.


-Persekitaran jualan yang mesra makanan
Booth-booth makanan yang memasarkan makanan di bazar ramadhan banyak rupa parasnya, seperti juga memilih bakal menantu, ia haruslah comel-comel dan bersih-bersih belaka. Pencarian gerai-gerai tanpa lalat dan jurujual yang pembersih adalah amalan terpuji.

-Datang awal ke bazar ramadhan
Sesibuk mana pun aktiviti harian anda, datang lambat ke bazar ramadhan boleh mengakibatkan anda beli makanan yang orang lain tak rasa nak beli. Selain mengurangkan kesesakan lalu lintas seperti di Jalan Tar, anda dapat memilih gerai yang bersih dan indah.

Di sini, saya senaraikan antara punca-punca atau penyebab keracunan makanan

Bakteria
Toksin
Virus
Protozoa
Cendawan beracun
racun serangga
kulat


Apa nak jadi peniaga zaman sekarang?? justeru, marilah kita berganding tenaga membeli makanan yang bersih daripada sebarang pencemaran. Semoga peniaga yang lalai dalam melaksanakan kewajipan mereka kembali ke pangkal jalan atau gulung tikar mereka dan balik rumah. Terima kasih.

Selamat berpuasa kawan-kawan -upin dan ipin

sumber gambar dan maklumat - google dan persendirian

17 comments:

si macho said...

korek2 ayam tu tk leh blah weh .hentak sat gi XD

fara murni said...

macam perli jek...
T.T

Nurulee said...

haha kalaw nak korek tgk daging mentah, msti macik tuh terus jual. :D

Naz said...

si macho - mne tau mentah ke..hentak? :nah hihi

Naz said...

fara murni - bersempena je..kn2 ^_^

Naz said...

Nurulee - kalau mentah kita jual balik kat dia.. ^0^

i am S!L4H.. said...

tp klo mknan kite nk belek2 sket pon die buat muke kerek. camane?
wuwu

~+aSma dAud+~ said...

ayam tu korek korek kang tak pasal kena marah nagn org jual

an nyek said...

hehe..korek2 aym sebelum berbuka...lau ak, ak ngap dah....tp sebenarnya btol entri ko nie..yg pntg keselamatan kita...bhy weh...time ak keje kat hosp dl,ak tngk pt keracunan mmg terseksa la...peniaga2 pon tak bole setakat cri untung jgk...kene la jual bnd yg tak berbahaya

Naz said...

i am S!L4H - ckp nk check..demi keselamatan..^_^

Naz said...

~+aSma dAud+~ - kite suruh dia tlg korekkan..kan2 =)

Naz said...

an nyek - kita sependapat.. btul2, sgt bahaya psal keracunan makanan ni..

cik payung umbrella said...

sekarang nie kan naz.. peniaga lbh pntgkan keuntungan drpd kemanusiaan. tak kesian lnsung kat pelanggan beli2 je makanan yg dah beberapa hr dipanaskan..buat kuih pun mcm nak tak nak je.. sedih btol2...

Norashiqin Kamaruzaman said...

hahahha....papepon masakan mak lagi bagus...kesiannye sape duduk jauh dari mak....hehe papepon bagus N3 ni....;)

Naz said...

cik payung umbrella - tak dpt dinafikan, tp ada peniaga yg sgt baik, sgt pentingkan kebersihan ngan kualiti mknan. yg tu naz perasan dpt bnyak untung dan maju perniagaan diorang. bila rezeki berkat mudah perniagaan insyaAllah =)

Naz said...

Norashiqin Kamaruzaman - thanks ye ^_^ masakan mak? jgn tak tlg mak masak ye..hihi =)

www.myobw.com said...

^_^!


blog naz tersenarai dalam list terjah bersama myobw...