Tuesday, October 19, 2010

Foto-foto


Selamat hari Selasa! ^_~
Maka bermulalah minggu "study week" ^_^


Kali ni nak tunjuk gambar-gambar yang saya suka. Kenapa? atas sebab-sebab yang tertentu..hehe

Ada yang tangkap guna kamera, dan ada juga yang guna kemera kat telefon ni.

















Ya Allah,hebatnya semua ciptaanmu..
Barang-barang ciptaan manusia pun memerlukan bahan dari ciptaanNya.

Jom kita berjalan-jalan mengagumi keindahan alam dan bersyukur ^_^
Alhamdulillah...


lokasi:
UiTM Seri Iskandar, Pulau Pangkor, SK Bagan Serai, rumah sendiri, Kuala Lumpur, Ipoh

Saturday, October 16, 2010




Selamat hari sabtu ^_^
Kali ni penceritaan mengisahkan Family day yang tajuknya AKU dan DIA oleh Persida (Persatuan Diploma Akaun). Bertempat di Padang C UiTM Seri Iskandar.
(acara sambut-sambut belon ^^)




Seperti biasa, acara padang yang seumpama ini dimulakan dengan pemanasan badan dan aerobik.. Meriah jugak acara kali ni, walaupun sebelum ni saya hanya kenal dalam 3 orang je ahli persida, lepas je acara tu, ramai yang kenal. Siap pengacara majlis tu sebut-sebut nama saya ni. keseganan terasa..haha
Acara yang dijalankan? banyak dan mencabar. walaupun tak masuk sekali dan tangkap gambar je, tapi memang terhibur dengan gelagat diorang nih.


Tarik tali antara acara terhangat! Ketua program dan para pensyarah turut memeriahkan suasana. Awal pagi nyaman terasa, tengah hari kepanasan terasa. Namun acara tetap terasa kemeriahannya. Pelajar-pelajar akaun ni memang peramah orangnya, baik-baik je.. terima kasih kepada Ikhwan selaku yang menguruskan acara ni kerana menjemput saya menangkap gambar =)
(ada jugak acara mekap-mekap..hehe
gambar kat bawah pulak ada anak pensyarah,kembar tapi sorang lagi tiada dalam gambar)
(acara tangkap gambar secara beramai-ramai)
(gambar berspek ni Ijoi..credits to shiffa..hehe)

Semua ajk, tahniah =) acara yang hebat.. harap dapat jalankan agenda yang merapatkan ukhwah ini lagi...^_~

White Garden by BISA

(Ada pintu gerbang dan karpet kemerah-merahan)
Terima kasih kerana terus membaca blog saya ^_^
Kali ni nak bercerita tentang dinner jabatan sendiri, Jabatan Ukur Bangunan.. BISA tu pulak maksudnya Building Survey Association, nama persatuan jabatan ni. Salah satu dari jabatan di bawah fakulti FSPU (Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur)


(salah satu meja dalam majlis tu, amboi meriah ^_^y)

(Ni nad, dia menyanyi lagu stay yang estrella nyanyi tu..
gambar kat bawah ni plak pelajar dari part one)

Lokasinya ialah Hotel Tower Regency kat Ipoh.. Sebagai photographer kalam (majalah jabatan), saya kena tangkap gambar lah..hehe. Kali ni Rejab pun tangkap gambar, ketua kelas ku dahulu, sekarang kami dah kelas lain-lain dah..ada geng tak lah kekok sangat.


Hiasan yang menarik dan cantik. Sempena tema kali ni- white garden, semua kena pakai baju berwarna hitam putih. Mula-mula dengar warna tema agak kelakar, sebab macam kurang best je tapi bila sampai, cantik pulak warnanya tu..nampak kemas dan menarik semua ^_^


Yang menariknya dinner ni, pencahayaan cukup, jadi kurang la gambar dengan high noise nye. Hotel pulak agak mewah, makanan? kalau boleh nak tambah T-T.. Saya jugak kena buat montaj kelas. Agak mamai ketika menyiapkannya, Alhamdulillah siap..huhu

Banyak pensyarah yang hadir, tak sangka sebanyak tu dapat hadir. Ada jugak sem terakhir jadi pensyarah sebab nak sambung belajar merentas laut(oversea). Baik puan tu, antara pensyarah kegemaran para pelajar pulak tu.."Puan, terima kasih atas semua ilmu yang puan curahkan ^_^,selamat hari jadi puan! semoga terus berjaya" kata saya kepada beliau.


(pintu gerbang, lokasi kegemaran tangkap gambar)

Krew-krew yang teribat, bagus hasil perancangan anda..walau banyak dugaan dari mula sehingga tamat majlis. Dugaan lah katakan =)

Tuesday, October 05, 2010

Violet Gala Night

Violet Gala Night- Tajuk dinner oleh MOBAC. Makan malam yang berlokasikan sebuah hotel di Lumut. memang saya sendiri akui, hotel tu cantik dan mewah. Tak tanya pulak berapa bintang. Dijadikan cerita, saya dijemput untuk menangkap gambar oleh zahidan. OC kite. Secara tiba-tiba petang tu ada kelas yang menyebabkan saya sampai lambat ke lokasi. Kelas tu pulak ada presentation. Dalam pukul 6 camtu barulah saya bertolak. Sampai-sampai memang agak smart dari segi pakaian~baru lepas presentation la katakan,mujur ada bawa salinan. Bila sampai je, terpesona dengan hotel tu, cantik. lokasi plak hampir dengan pemandangan laut.


Secara keseluruhan, majlis itu adalah suatu kejayaan, semua berjalan dengan amat lancar, tema pun cemerlang. Tahniah kepada seluruh krew-krew yang bertugas! Memang cekap. Kepada tukang masak, makanan sedap...!

Rupanya bukan senang nak tangkap gambar dalam majlis. Event bukan macam wedding yang kita seolah-olah boleh hentikan masa untuk bagi pose yang terbaik, tapi photographer yang kena cari masa dan lokasi terbaik untuk menangkap gambar. Apatah lagi dalam dinner, cahaya kurang dan banyak agenda yang berjalan. Kali pertama jadi photographer dinner ni ^_^


Tak sangka pelajar-pelajar akaun ni sume baik-baik dan peramah. sebelum ni cuma kenal beberapa je bakal akauntan ni. Malam tu ramai kenalan baru saya dapat, maaf kalau jumpa tak ingat nama, ramai sangat. Terima kasih ye kerana menjemput, harap puas hati dengan gambar-gambar tu sume. Dah lah dapat makan 2kali, saguhati pun dapat juga.terima kasih banyak2 ye ^_~
Kalau nak jemput lagi pun boleh, InsyaAllah..

Iklan Sebentar



An-Nur ayat 30-31
"Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kepala hingga ke bawah dada...."




wallahua'lam =)

Friday, October 01, 2010

Rindu Penyair Dunia

Adik dan Abang

8.45 pagi

Amir

Masa terasa begitu lambat gerakannya. Tiada apa yang berada di sekelilingku yang ingin aku endahkan sama sekali. Ya Allah, bagaimanakah keadaannya. Fikiranku dari tadi tidak lepas sama sekali dari berandaian negatif. Dari satu ke satu.

“Mir, cepat la datang echa masuk hospital. Ibu tak tahu nak buat apa dah ni,” suara ibuku sedih, sarat dengan tangisan dalam setiap kata-katanya meruntun hatiku. Tidak pernah lagi kudengar suaranya sedemikian sejak aku lahir lagi.

“Apa yang dah jadi bu?” teringat kembali perbualan aku dengan ibu sebentar tadi. Namun soalannya dijawab dengan esakan tangisan. Tanda tanya memenuhi ruang mindaku. “Mir..Mak dapat panggilan dari kawan echa tadi, katanya echa terjatuh masa bersukan, kepalanya terhentak. Sekarang kat hospital ni,” jawab ibu tersekat-sekat menahan sedu.

Degupan jantung yang kencang terasa menyesakkan dada. Risau, cemas dan takut. Semua perasaan itu meruap-ruap di dalam dada. Stering kereta aku pegang dengan penuh longlai. Lemah, seolah-olah tenagaku diresap oleh rasa hati.

Tiada lagi perangkap laju yang dapat memperlahankan kereta yang kupandu. Kereta si kiri dan kanan kudahului pantas, mereka seolah-olah datang dan berlalu pergi. Kesesakan lalu lintas kota diawal pagi telah dilepasi. Tak berhenti hatiku berdoa kepada Allah memohon keselamatan adikku, Aisya.

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (Surah Yunus ayat ke 12)

Lemahnya imanku, hanya mengingati Mu wahai maha pencipta ketika dalam kesusahan. Sesekali aku beristighfar mengenangkan kealpaanku selama ini.

“bang mir, erm...nanti, balik umah jangan lupa belikan aisya kasut basketball baru ye,” kata aisya manja.

“Tak habis-habis dengan basketball die, Asignment dah siap ke echa?” kataku selamba seolah-olah mengendahkan permintaanya itu.

“Eh, tukar topik lak bang nih, beli sepasang je ea. Boleh kan bang mir,” Aisya merengek, penuh harapan sambil menggoyang bahuku ketika kami menonton televisyen bersama.

Tiba-tiba sahaja aku teringat perbualan kami di rumah tak lama dahulu. Sebagai satu-satunya abang dalam adik-beradik. aku amat memanjakan adik bongsuku itu. Ayah, Ibu amat menyayangi kami selama ini.

Hanya kami berdua saja yang ibu dan ayah punya, apakan jadi kalau apa-apa berlaku padanya? Ya Allah, selamatkanlah adikku…

Sebagai seorang pelajar perubatan, aku tahu tepat apa kemungkinan yang mungkin jadi padanya. Andaian-demi andaian mula difikirkan. Taip saja di google tentang kejadian hentakan dikepala, dan kesannya sering tragis. Amat menakutkan walau hanya untuk difikirkan. Adikku yang sedang dirawat di wad kecemasan tidak langsung aku tahu keadaanya lagi.

Keretaku yang meluncur laju terhenti di tol lebuhraya. Kereta-kereta yang berbaris menunggu giliran tidak dapat kulepasi. Badanku disandarkan, cuba menenangkan diri dan mencari nafas. Tiba-tiba terpandang botol minyak wangi kecil di atas dashboard.

“Amik la ni bang mir,” Kata aisya menghulurkan sesuatu ke tanganku dengan gembira sekali.

“Ape ni echa? Minyak wangi ek..Hmm,wangi la!” puji ku mencium bau haruman yang dihadiahkan aisya. Aisya memang suka memberi sesuatu yang disukainya kepadaku. Aku terasa begitu dihargai dengan sikap tersebut. Tak hairanlah selang dua tiga hari, pasti kami akan berbual di telefon walau betapa sibuk pun kami dengan tugasan masing-masing. Berbual dengannya membuatkan hati terasa tenang.

“Ni namanya minyak wangi kasturi, Nabi suka wangian ni tau. Siap ada banyak hadis tentang Rasulullah dan wangian,” jelas aisya penuh bersemangat menerangkan perihal wangian tersebut. “Nak saya bacakan hadisnya tak?” sambungnya lagi.

“Oh yeke? Pandainya adik abang ni” jawab aku bersahaja seolah-olah tidak tahu apa-apa mengenainya. Menjawab bahawa aku telah tahu mungkin memutuskan semangatnya. Mahu lagi aku mendengar penjelasannya, amat menghiburkan.

“Kene pakai selalu ni tau bang mir, semoga boleh menarik seseorang seindah pekerti Isteri Nabi Muhammad, Saidatina Aishah untuk dijadikan kakak ipar echa nanti,” harap Aisyah tersenyum lebar.

Masihkah aku dapat tatap senyuman manisnya lagi? Gundah di hati masih belum dapat ku tenangkan. Dihantar ke hospital sudah pasti menunjukkan kecederaan yang serius. Jika tidak pasti dihantar saja ke unit kesihatan di dalam universitinya itu yang sudah punya doktor sendiri.

*******

9.45 Pagi

Aisya

Pandanganku terasa kabur. Mungkin aku baru terjaga dari tidur yang panjang. Perlahan-lahan aku cuba menggosok mata, tetapi tangan kiriku terasa tersangkut dengan sesuatu. Kepalaku pula terasa berdenyut-denyut.

“Mak cik, Aisya dah jaga mak cik, ” tiba-tiba suara yang biasa aku dengar kedengaran. Apabila pandangan sudah semakin cerah, kulihat di sekelilingku dipenuhi ramai orang. Tanganku dicapai.

“echa, anak ibu rasa macam mana?” Soal ibu membelai tanganku lembut. Apa sebenarnya yang berlaku? Kepalaku yang tidak terasa begitu enak membuatku sukar untuk berfikir dalam. Kak Safiyyah, Kak fath juga ada di sini. Pandangan simpati dari mereka dan keadaan sekeliling menyedarkan aku bahawa aku berada di sebuah hospital.

“echa sakit kepala sikit-sikit je ibu,” ucapku sambil cuba memegang kepala. Ternyata kepalaku dibalut tebal. Seriuskah aku hingga kepalaku dibalut begini? Apa yang sebenarnya telah berlaku?

Pintu kemudiannya dibuka. Ayah masuk bersama abang. Tidak terungkap rasa gembira bertemu abang mir yang sudah lama tidak aku temui. Kini, Semua ahli keluargaku berada di sisi. Tak rugi juga aku masuk hospital. Kesibukan ayah dengan kerjanya beserta abang dengan pelajarannya tidak lagi kelihatan. Mereka kini berada di sini untuk aku. Bahagia dunia terasa. Alhamdulillah, laung hatiku atas kesempatan ini.

“Mesti dari jauh ayah datang kan?” tanya aku apabila ayah datang menghampiriku. Kerjanya memang memerlukannya bergerak jauh dari suatu tempat ke tempat yang lain. Agak jarang untuk aku bertemu dengannya terutama selepas aku mendaftar sebagai seorang pelajar universiti. Abang mir pula tidak dapat aku nafikan, tugasnya sebagai pelajar perubatan membuatkan banyak masa cutinya digunakan untuk belajar. Memang sibuk, tapi nasibku tidaklah malang, ibuku sering menjenguk di kampus. Masakannya menjadi pengubat rindu di hati.

“Abang mir, echa nak cakap sesuatu pada abang mir,” bicaraku perlahan-lahan. Mulutku seolah-olah berbicara sendiri. Entah dari mana aku mendapat kekuatan untuk meluahkan kata-kata yang selama ini aku bekukan di jauh di hati. Semua yang hadir menumpukan penuh perhatian padaku. Terasa kelakar pula, seolah-olah aku akan menyampaikan kata-kata sebelum nafas terakhir. Namun, tidak lagi mahu ku pendam igauan selama ini..