Monday, August 15, 2011

Kau tersenyum ku tersenyum

Assalamualaikum..

Entri tergempar bulan puasa ni nak bercerita tentang kelebihan aktiviti senyum kepada diri dan persekitaran kita. Mesti korang banyak tau hikmah senyum kan? memang diciptakan sesuatu kerana ia berfungsi. "Senyum", kegiatan mudah yang tidak memeras wang dan keringat..tapi banyak kelebihan!

Di sini dikumpulkan antara kebaikan senyum beserta hadis dan kata-kata yang menggalakkan perilaku senyum di antara manusia sejagat. *senyum depan screen*

"Senyumlah, senyum tu bagus!", 
kata naz zan..hik3

Okey, sori -_-' ..teruskan membaca

Myspace Smile Graphics Quotes


Bila tengok orang yang senyum kita pun boleh senyum kan, macam lagu malique feat najwa tu ~senyum, tak perlu kata apa-apa..

Abdullah bin Harits mengatakan, 
"Saya belum pernah melihat seorang pun yang paling banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." 

(Riwayat Ahmad).

senyum comel



Kelebihan senyum dari segi dalaman

1. Saintis menyatakan senyuman itu suatu senaman dalaman yang bermanfaat kepada sistem badan
2. Pengkaji mempercayai senyuman di permulaan hari dapat menceriakan hidup dan memberi kegembiraan kepada badan.
3. Hanya 17 otot muka diperlukan untuk senyum berbanding 43 untuk mengerutkan dahi.
4. Senyum menghasilkan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi yang menenangkan diri.
5. Dipercayai merangsang kedua-dua belah otak seterusnya meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ketegangan otot dan tekanan psikologi dapat dilegakan yang membantu otak lebih peka dan mudah menerima maklumat baru.


Hmm, kat sini paling jelas saya nampak yang no 5. ikut pengalaman persendirian, selalunya cikgu yang selalu senyum dalam kelas, pelajar-pelajar pun ikut senyum..kemudiannya rasa lagi mudah faham walaupun add math..terasa kimia antara guru dan pelajar. *angguk*
Jelas juga senyum tu sunnah. Sangat bagus bila diamalkan ^^


Ini pula kelebihan senyum dari pandangan luar

1. Memberi expresi baik kepada sesiapa yang kita jumpa. Sesiapa yang bertemu kita akan berasa senang dan lebih tenang.
2. Mengeratkan silaturahim di samping mempercepatkan kemesraan antara satu sama lain.
3. Menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai keyakinan diri dan tak mudah patah semangat.
4. Membuatkan seseorang itu nampak friendly / peramah yang memudahkan kita bertegur sapa.
 


Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : 
"Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" 
(Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

.
.
.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh HR. Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda, 
“Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu,  walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain,”.

.
.
 .
"Senyum itu akan terasa berat dilakukan bagi jiwa yang belum dibiasakan dengan kebaikan" 
-Muhammad Qutb

nak senyum tak? ikhlas ke, kalau iye..
terbaik! - boboiboy


p/s - Did you smile today? ^_^