Terkadang janji tak sengaja dimungkiri, bukan kerana tidak menghargai hadirnya kamu sebagai sahabat. Hanya kerana sudah ditakdirkan janji ini hanya tinggal lafaz janji. Masa berubah, ia berubah. Tak kira apa.
Aku hanya mahu kau tahu, kau sahabat. Lebih indah bagiku jika aku ungkapkan sebagai kawan. Warna-warni pelangi hidupku tak akan lengkap tanpa hadir mu sebagai warna kita, warna-warna sahabat. Bukan aku minta diri ini diampuni, simpanlah jika masih ngilu dirasa dihati. Sangat cukup walau ku dengar ucapan selamat malam darimu, walau sekali lagi. Aku cuma mahu rasa hadirnya dirimu lagi.
Pedih kan? aku seakan rasa apa yang kau lalu, betul aku tak tipu. Aku pun tentu akan menyepi bila ia berlaku, ya..aku pun akan buat sama dengan apa yang kau buat sekarang. Ah, entahlah tak boleh lagi aku tulis kata yang dapat menghuraikan apa yang aku rasa, biar la setakat ini T.T
Awak tahu, awak kawan saya..
cresdits to:
photobucket.com/home/rlbit6
photobucket.com/home/ceemeeflash
friensxite.com