Showing posts with label Uitm seri iskandar. Show all posts
Showing posts with label Uitm seri iskandar. Show all posts

Saturday, October 16, 2010




Selamat hari sabtu ^_^
Kali ni penceritaan mengisahkan Family day yang tajuknya AKU dan DIA oleh Persida (Persatuan Diploma Akaun). Bertempat di Padang C UiTM Seri Iskandar.
(acara sambut-sambut belon ^^)




Seperti biasa, acara padang yang seumpama ini dimulakan dengan pemanasan badan dan aerobik.. Meriah jugak acara kali ni, walaupun sebelum ni saya hanya kenal dalam 3 orang je ahli persida, lepas je acara tu, ramai yang kenal. Siap pengacara majlis tu sebut-sebut nama saya ni. keseganan terasa..haha
Acara yang dijalankan? banyak dan mencabar. walaupun tak masuk sekali dan tangkap gambar je, tapi memang terhibur dengan gelagat diorang nih.


Tarik tali antara acara terhangat! Ketua program dan para pensyarah turut memeriahkan suasana. Awal pagi nyaman terasa, tengah hari kepanasan terasa. Namun acara tetap terasa kemeriahannya. Pelajar-pelajar akaun ni memang peramah orangnya, baik-baik je.. terima kasih kepada Ikhwan selaku yang menguruskan acara ni kerana menjemput saya menangkap gambar =)
(ada jugak acara mekap-mekap..hehe
gambar kat bawah pulak ada anak pensyarah,kembar tapi sorang lagi tiada dalam gambar)
(acara tangkap gambar secara beramai-ramai)
(gambar berspek ni Ijoi..credits to shiffa..hehe)

Semua ajk, tahniah =) acara yang hebat.. harap dapat jalankan agenda yang merapatkan ukhwah ini lagi...^_~

White Garden by BISA

(Ada pintu gerbang dan karpet kemerah-merahan)
Terima kasih kerana terus membaca blog saya ^_^
Kali ni nak bercerita tentang dinner jabatan sendiri, Jabatan Ukur Bangunan.. BISA tu pulak maksudnya Building Survey Association, nama persatuan jabatan ni. Salah satu dari jabatan di bawah fakulti FSPU (Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur)


(salah satu meja dalam majlis tu, amboi meriah ^_^y)

(Ni nad, dia menyanyi lagu stay yang estrella nyanyi tu..
gambar kat bawah ni plak pelajar dari part one)

Lokasinya ialah Hotel Tower Regency kat Ipoh.. Sebagai photographer kalam (majalah jabatan), saya kena tangkap gambar lah..hehe. Kali ni Rejab pun tangkap gambar, ketua kelas ku dahulu, sekarang kami dah kelas lain-lain dah..ada geng tak lah kekok sangat.


Hiasan yang menarik dan cantik. Sempena tema kali ni- white garden, semua kena pakai baju berwarna hitam putih. Mula-mula dengar warna tema agak kelakar, sebab macam kurang best je tapi bila sampai, cantik pulak warnanya tu..nampak kemas dan menarik semua ^_^


Yang menariknya dinner ni, pencahayaan cukup, jadi kurang la gambar dengan high noise nye. Hotel pulak agak mewah, makanan? kalau boleh nak tambah T-T.. Saya jugak kena buat montaj kelas. Agak mamai ketika menyiapkannya, Alhamdulillah siap..huhu

Banyak pensyarah yang hadir, tak sangka sebanyak tu dapat hadir. Ada jugak sem terakhir jadi pensyarah sebab nak sambung belajar merentas laut(oversea). Baik puan tu, antara pensyarah kegemaran para pelajar pulak tu.."Puan, terima kasih atas semua ilmu yang puan curahkan ^_^,selamat hari jadi puan! semoga terus berjaya" kata saya kepada beliau.


(pintu gerbang, lokasi kegemaran tangkap gambar)

Krew-krew yang teribat, bagus hasil perancangan anda..walau banyak dugaan dari mula sehingga tamat majlis. Dugaan lah katakan =)

Thursday, September 30, 2010

Professional Talk with Dr. Fazley

Professional talk with Dr. Fazley. Suatu motivasi yang bertajuk from zero to hero.
Sememangnya suatu majlis yang bermanfaat. Walaupun Dr terkenal dalam bidang nyanyian, tetapi amat berkebolehan dalam program motivasi seperti ini. memang isi-isi dalam ceramahnya amat menarik perhatian tidak seperti kebanyakan program motivasi yang lain.

Pengalaman serta kejayaan-kejayaan beliau yang banyak membuatkan kami lebih terpegun. Terutama dengan kisah hidup beliau sendiri, seorang usahawan akademik yang begitu berjaya.

Ayat yang masih saya ingat "to score, we must have a goal".. = untuk berusaha, kita mesti punya matlamat kepada usaha kita itu ^_^, mendalam kan ayat ni?
Sememangnya majlis ini suatu kejayaan. Terima kasih buat semua krew yang terlibat terutama Abang Safuan kita(mantan MPP) selaku pengurus majlis kita ^_^ memang banyak pengalaman abang wan kita ni. Abang Syazwan, abang subuh, Abang Shihab kita pun sama.
Penceramah turut menyanyikan lagu sebagai hadiah kepada kami. Bila april dan sebuah lagu raya. Sebelum ini, saya tak minat sangat pun lagunya, tetapi berubah pulak lepas dapat dengar secara langsung ni..
Walaupun banyak krew dari part 1 (semester 1), namun tetap cekap pengurusannya. pantas! tahniah diucapkan. Dan juga terima kasih kepada abang wan yang menjemput saya sebagai penangkap gambar (bertuah sebab tak perlu bayar pendaftaran..huhu)


Semoga acara bermanfaat sebagini rupa dapat terus dijalankan pada masa hadapan. Tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang membantu majlis pada malam tersebut =)

Rumah Anak-anak Yatim



BISA (Building Surveying Association) dari UiTM Seri Iskandar, Perak telah melawat rumah anak-anak yatim Bait Al-Amin. Selaku ahli majalah kalam(majalah jabatan ukur bangunan), saya turut menyertainya(first time for me).
Nampak tak gambar adik-adik tudung labuh tu? tu semua ahli rumah ni la..sopan-sopan je.





Aktiviti? memasak masakan berbuka puasa. Sementara menunggu masa berbuka, aktiviti gotong royong dan bermain bersama adik-adik dijalankan. Seronok juga bermain-main dengan adik-adik tu. Macam-macam ragam ada, susah nak layan (terpaksa main sahiba, pertama kali main pulak tu..ehehe)..tapi bila fikir balik, tak ape lah..huhu. bukan selalu pun.


Ada juga yang bergusti dengan peserta. memang kelakar adik-adik ni..tak lupa jugak yang suka bermain teka-teki, perah otak nak fikir jawapan..banyak pulak soalannya,dah boleh jilidkan dah..huhu



Apa yang pasti, mereka nampak sangat gembira dengan kehadiran kami yang mesra. Hmm..boleh agak dah kan kenapa? Cerita dari penjaga rumah tersebut tentang cerita adik-adik di sana ada yang sungguh menyedihkan. menjadi ahli sejak kecil lagi, tiada kasih sayang ibu bapa.. Namun kejayaan demi kejayaan dalam hidup bekas ahli rumah ini amat membanggakan. Harap kita yang bertuah dapat lagi membantu mereka..moh le ^_^, Insyaallah.

Terima kasih buat semua ketua program, pensyarah dan peserta. Hidangan amat lazat. Harap dapat meneruskan aktiviti ini ya ^_~

Tuesday, August 31, 2010

Malam Kemerdekaan UiTM Seri Iskandar

Acara tahunan yang dijalankan oleh Uitm saya, sambutan kemerdekaan.. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk memeriahkan majlis ini. Walaupun sebelum malam kemerdekaan pada 31 Ogos, telah banyak aktiviti diadakan demi memeriahkan festival ini. Ia dinamakan Festival FESBUK-festival bulan kemerdekaan..(ayat permulaan agak skema..huhu) Saya turut datang memeriahkan majlis pada malam tersebut(beberapa jam tadi).. sebagai penangkap gambar. Beratus juga gambar yang dapat dirakamkan, walaupun berpeluh-peluh dirasakan, kepuasan tetap terasa..(ayat skema diteruskan..) Artis juga turut dijemput..iaitu artis nasyid..siapa ye? cube tgk gambar..kenal tak? Turut memeriahkan brass band kite yang memainkan alat muzik yang eksotik dan amat menarik. Komander-komander kesatria yang tegak berdiri dan berkawad dengan penuh disiplin dan teratur, krew-krew serta usher-usher yang bergaya dalam ketrampilannya berbaju tradisional melayu..tahniah diucapkan kepada semua..hoho ^_^