Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.- Surah Al-Imran ayat 139
Dalam hidup kita, selalu ada perkara yang tidak kita jangka, kalau perkara tu sesuatu yang kita suka, baguslah.. Namun ada juga yang sebaliknya, membuat kita rasa gelisah. Ada hikmahnya dik, Insyaallah... semua orang pernah ditimpa kesusahan dan dugaan, cuma mungkin dalam bentuk yang berbeza-beza.
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. -Surah Al-Baqarah ayat 286ada orang yang rasa sedih sebab rasa mereka miskin, tanpa sedar mereka bahagia dengan anak-anak yang berjaya dan keluarga yang bahagia.
ada orang yang rasa gembira sebab rezeki yang melimpah ruah, namun dalam hati selalu resah teringatkan anak-anak yang bermasalah.
senario kat atas tu yang selalu naz dengar. Apa yang saya perasan, ada pro dan con.. mungkin yang kaya, sangat teringin nak rasa situasi bahagia, yang kaya sangat nak rasa situasi bahagia tadi tu. Apa yang saya nak sampaikan kat sini, siapa pun kita, dugaan akan sampai dari pelbagai sudut. yang mungkin kita tak jangka.
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Surah Yusuf:12
Hadis Abu Said r.a: Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap musibah yang di timpa ke atas orang-orang mukmin yang berupa sakit yang berterusan, sakit yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada kebingungan dari musibah yang beliau alami, maka hal yang demikian merupakan penghapus bagi kesalahan-kesalahannya" .-Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #4670
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui. Surah Al-Baqarah:216
Jika kita terus rasa sedih tanpa tahu apa yang patut kita lakukan, berserahlah kepadaNya, berdoa dan bermohonlah agar ditunjukkan jalan.
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. -Surah At-Taubah ayat 129
References:
Sahih Muslim
Iluvislam
islamic-testi.blogspot.com
dedicated to fyka