Ada orang kata:
Langit tak selalu cerah..
Ku ingat panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari…
Memang ada banyak lagi ungkapan-ungkapan lain yang dapat kita dengar tentang perkara ni.. kadang-kadang tu memang susah kita nak fahami maksudnya yang sebenar bila kita sendiri melalui perkara tu. Ada kalanya yang kita rasa tu, kesannya sikit je,tapi kadang-kadang tu ungkapan ini umpama panahan petir yang seolah-olah menyambar tepat ke tubuh kita. Memang, kita hanya mampu merancang, tapi semua yang berlaku,tak semua yang kita jangkakan akan berlaku kan? Mungkin kita dah rancang yang terbaik untuk diri dan keluarga kita, namun bukan semuanya menjadi betu-betul yang kita mahukan, dan boleh jadi, terus menyimpang dari impian.. Selalunya, apa yang dirancang Nampak tepat dan baik pada permulaan..tapi…?
Kita semua mesti ada sesuatu yang kita mahukan sangat, kita harapkan sesuatu bagai nak rak, separuh mati pun masih kita cuba untuk usahakan untuknya.. tak kiralah tentang apa-apa macam pangkat, harta, impian hidup, atau isteri sekalipun, hidup kita mesti takkan puas kalau kita tak dapat nak kecapi sesuatu tu…Ia seolah-olah tujuan hidup kita pada masa tu..
Mungkin apa yang saya cakap tadi macam agak kurang sesuai, semua tahu yang tujuan hidup kita bukanlah sesuatu yang duniawi sahaja. Kita dilahirkan sebagai hamba Allah, sudah tentu tujuan hidup kita ialah mentaati perintah yang maha Esa. Bila difikirkan, itulah kita,manusia yang sering lupa diri.. kerana tujuan hidup atau impian yang membara, tujuan hidup sebenar dilekehkan dan diketepikan..
Apa sebenarnya yang cuba saya ungkapkan kali ni? Tak lain tak bukannasihat buat diri sendiri.. tak harap pun siapa pun baca. Hubungan dengan manusia mungkin ku telah cuba sebaik mungkin, namun hubunganku dengan penciptaku masih lemah..Ya Allah, bersihkanlah hatiku..bimbinglah diriku ke arah yang diredhaimu.. amin..