17 Oktober 2011 adalah tarikh yang sangat bersejarah. Begitu juga 17 Oktober tahun-tahun yang lain. bukan sebab hari terakhir boleh validate course, tapi dengan pasti itu adalah disebabkan tarikh lahir saya. Untuk lebih tepat, pada 2.15 petang pada surat beranak. Di sini saya dengan rasa sangat terharu melahirkan rasa terharu seraya mengucapkan terima kasih sambil terharu pada yang ucap selamat pada saya hari tu, tak lupa juga ramai yang buat ucapan serta mendoakan yang baik-baik buat saya. Oh, saya rasa sangat terharu mempunyai teman-teman seperti kalian.
Apalah hari lahir tanpa wish, begitu jugalah apalah wish kalau tak rasa terharu. Banyak betul komen-komen di muka buku, mesej fb dan SMS yang diterima masuk. Sampai kelas pagi tu kawan-kawan wish.. ada nyanyi lagu hari jadi bahasa mandarin.. nyanyi lah bahasa Korea berirama k-pop pun saya masih juga rasa terharu juga. Oh, terima kasih. Saya dapat coklat. Dah lama tak dapat hadiah coklat. Terima kasih kepada si pemberi.
Di rumah sewa ada seekor kucing yang bunting. Pada tarikh lahir saya beliau telah memberanakkan dirinya. Bukan anak saya tapi anak kucing. 5 ekor. Buat sekali lagi hari tersebut terasa lebih istimewa dengan kedatangan 5 ekor cahaya mata kucing. Semoga anak-anak kucing tersebut tidak nakal-nakal dan tidak memilih makanan..kepada Ibu kucing, tahniah dan selamat menjaga anak-anakmu.
Alhamdulillah, saya masih dikurniakan pelbagai nikmat untuk masih menghirup udara dan merasai nikmat Allah yang sangat berharga. Sudah lebih 20 tahun. Moga saya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba dengan baik..amin..
Mak saya tanya, birthday kali ni hajat apa? saya terkesima lalu tak menjawab.. sampai sekarang masih terfikir..
picture source : lyana ali