Sunday, October 09, 2011

saya di kuantan

Assalamualaikum...
Berada di kuantan untuk case study.. memang memenatkan..tapi seronok itu terasa.

Ada satu gambar yang menunjukkan suasana.dalam banyak-banyak gambar, saya pilih yang ni.

Saya dan domo-kun


Ha, ada gambar lagi masa trip ni..cuba tengok. Ni kat Teluk Cempedak. Setelah berpenat lelah di bangunan yang kami kaji, kami dipandu oleh pemandu bas ke lokasi ni. Masa dalam perjalanan yang hujan lebat baq hang..sampai-sampai tak hujan dah. Alhamdulillah..

Pandangan ke arah laut

Muzium Sungai Lembing pun kami pergi, memang banyak pasal perlombongan dalam tu. Memang bernilai sejarah pameran-pameran dalam muzium ni. Tapi yang terbaik pemandangan lanskap sekitar bangunan,
oh kami bergambar tak hengat...

Depan bangunan tersebut

Saya dah melangkah ke Shah Alam pun. Kuantan in Memory+report pending in mind

moral untuk saya hari ni,
Tak perlu merungut. Tak untung pun

Friday, September 30, 2011

saya kawan awak kawan saya

Assalamualaikum...


Terkadang janji tak sengaja dimungkiri, bukan kerana tidak menghargai hadirnya kamu sebagai sahabat. Hanya kerana sudah ditakdirkan janji ini hanya tinggal lafaz janji. Masa berubah, ia berubah. Tak kira apa.


Aku hanya mahu kau tahu, kau sahabat. Lebih indah bagiku jika aku ungkapkan sebagai kawan. Warna-warni pelangi hidupku tak akan lengkap tanpa hadir mu sebagai warna kita, warna-warna sahabat. Bukan aku minta diri ini diampuni, simpanlah jika masih ngilu dirasa dihati. Sangat cukup walau ku dengar ucapan selamat malam darimu, walau sekali lagi. Aku cuma mahu rasa hadirnya dirimu lagi.

Pedih kan? aku seakan rasa apa yang kau lalu, betul aku tak tipu. Aku pun tentu akan menyepi bila ia berlaku, ya..aku pun akan buat sama dengan apa yang kau buat sekarang. Ah, entahlah tak boleh lagi aku tulis kata yang dapat menghuraikan apa yang aku rasa, biar la setakat ini T.T

Awak tahu, awak kawan saya..

Rainbow Twilight Pictures, Images and Photos



cresdits to:
photobucket.com/home/rlbit6
photobucket.com/home/ceemeeflash
friensxite.com

Wednesday, September 28, 2011

wordless wednesday - profile picture

Assalamualaikum...







source : phdcomics.com

Saturday, September 24, 2011

Jangan sedih adik =)

Assalamualaikum...
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.- Surah Al-Imran ayat 139

Dalam hidup kita, selalu ada perkara yang tidak kita jangka, kalau perkara tu sesuatu yang kita suka, baguslah.. Namun ada juga yang sebaliknya, membuat kita rasa gelisah. Ada hikmahnya dik, Insyaallah... semua orang pernah ditimpa kesusahan dan dugaan, cuma mungkin dalam bentuk yang berbeza-beza.
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. -Surah Al-Baqarah ayat 286
ada orang yang rasa sedih sebab rasa mereka miskin, tanpa sedar mereka bahagia dengan anak-anak yang berjaya dan keluarga yang bahagia.

ada orang yang rasa gembira sebab rezeki yang melimpah ruah, namun dalam hati selalu resah teringatkan anak-anak yang bermasalah.

senario kat atas tu yang selalu naz dengar. Apa yang saya perasan, ada pro dan con.. mungkin yang kaya, sangat teringin nak rasa situasi bahagia, yang kaya sangat nak rasa situasi bahagia tadi tu. Apa yang saya nak sampaikan kat sini, siapa pun kita, dugaan akan sampai dari pelbagai sudut. yang mungkin kita tak jangka.

 
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Surah Yusuf:12 





Hadis Abu Said r.a: Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap musibah yang di timpa ke atas orang-orang mukmin yang berupa sakit yang berterusan, sakit yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada kebingungan dari musibah yang beliau alami, maka hal yang demikian merupakan penghapus bagi kesalahan-kesalahannya" .-Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #4670
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui. Surah Al-Baqarah:216
Jika kita terus rasa sedih tanpa tahu apa yang patut kita lakukan, berserahlah kepadaNya, berdoa dan bermohonlah agar ditunjukkan jalan.
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. -Surah At-Taubah ayat 129
References:
Sahih Muslim
Iluvislam
islamic-testi.blogspot.com
dedicated to fyka