Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Changes = Perubahan

Assalamualaikum...

Selamat pagi kawan-kawan yang berjiwa dan berwawasan..

Differences


Changes = Perubahan

perUBAHan berlaku kat semua orang. Berubah, terubah, merubah, diubah -semua ada UBAH.
Semua perkataan ni berkait kepada keadaan sesuatu yang berbeza dari sebelumnya. semua ni saya nak kaitkan dengan manusia ~ sikap kita.

Berubah - Perkataan yang kita sering kaitkan dengan manusia yang sudah tak sama sikapnya. Contoh kawan kita yang dulunya sangat baik dengan kita, tetapi sudah tak sama dah sekarang. Dia ada kawan baru dan tak hiraukan kita. Mungkin juga dulu kita tak pernah suka makanan Jepun atas alasan tak masak la dan berlendir ape sume. tapi sekarang dah feveret pun.

Terubah - Situasi yang sering berlaku bila seseorang dapat sesuatu yang mengubahnya. Contohnya, sifat seseorang yang terubah disebabkan dia mengenali seseorang yang mengubahnya menjadi lebih baik, tunjukkan jalan yang dia rasa lebih baik dari sebelumnya. Kalau benda macam ni bagus sangat kan?

Merubah - Bila terjadinya seseorang yang rasa ingin merubah orang lain menjadi yang berbeza dari sebelumnya. Seperti cikgu-cikgu yang mengajar anak murid untuk menjadi pelajar yang lebih baik. Insan yang nak tengok orang lain menjadi insan yang lebih baik.

Perubahan bukan benda yang teruk yang patut dielakkan. Ia boleh beri sesuatu yang lebih baik, asalkan perubahan yang berubah tu tidak tersasar dari Agama dan menjadikan kita lebih baik. Jika takut berubah kepada yang lebih baik, kita dalam keadaan yang sangat rugi.. terus berada dalam keadaan yang kurang baik mesti buat kita rasa kurang selesa, terus dihantui rasa.

Takutlah untuk terus berada di tangkuk lama yang kurang baik. Buat apa nak terus jadi yang sama kalau jauh dalam hati kita, kita tahu yang kita boleh jadi lebih baik. Saya percaya semua pernah terdetik, walau sedikit. Contoh - "eh, aku tak patut hisap rokok" atau mungkin juga, "kenapa macam aku sorang je tak pernah bayar zakat nih?" jangan biarkan niat untuk berubah hanya tinggal niat.

Banyak sangat faktor kenapa kita susah nak berubah. Faktor yang tak habis-habis boleh disenaraikan berjela-jela. Tapi kita lebih tahu, faktor utama diri sendiri. takkan berubah diri sendiri kalau kita takut orang sekeliling tengok dan mencemuh perubahan tu. Diri sendiri yang dah matang dan tahu apa yang betul atau salah. Jadilah diri sendiri boleh berubah tanpa fikir pendapat negatif orang lain. Tak biasa ye? just make a step by step differences, its easier. believe me. Now or never..because you might not have a second chance. Do it yourself, or find someone that can help you to.



I am brave, I can make the difference to be a better person [let's tell this to ourself]

thanks for reading ^_-

Saturday, September 24, 2011

Jangan sedih adik =)

Assalamualaikum...
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.- Surah Al-Imran ayat 139

Dalam hidup kita, selalu ada perkara yang tidak kita jangka, kalau perkara tu sesuatu yang kita suka, baguslah.. Namun ada juga yang sebaliknya, membuat kita rasa gelisah. Ada hikmahnya dik, Insyaallah... semua orang pernah ditimpa kesusahan dan dugaan, cuma mungkin dalam bentuk yang berbeza-beza.
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. -Surah Al-Baqarah ayat 286
ada orang yang rasa sedih sebab rasa mereka miskin, tanpa sedar mereka bahagia dengan anak-anak yang berjaya dan keluarga yang bahagia.

ada orang yang rasa gembira sebab rezeki yang melimpah ruah, namun dalam hati selalu resah teringatkan anak-anak yang bermasalah.

senario kat atas tu yang selalu naz dengar. Apa yang saya perasan, ada pro dan con.. mungkin yang kaya, sangat teringin nak rasa situasi bahagia, yang kaya sangat nak rasa situasi bahagia tadi tu. Apa yang saya nak sampaikan kat sini, siapa pun kita, dugaan akan sampai dari pelbagai sudut. yang mungkin kita tak jangka.

 
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Surah Yusuf:12 





Hadis Abu Said r.a: Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap musibah yang di timpa ke atas orang-orang mukmin yang berupa sakit yang berterusan, sakit yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada kebingungan dari musibah yang beliau alami, maka hal yang demikian merupakan penghapus bagi kesalahan-kesalahannya" .-Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #4670
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui. Surah Al-Baqarah:216
Jika kita terus rasa sedih tanpa tahu apa yang patut kita lakukan, berserahlah kepadaNya, berdoa dan bermohonlah agar ditunjukkan jalan.
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. -Surah At-Taubah ayat 129
References:
Sahih Muslim
Iluvislam
islamic-testi.blogspot.com
dedicated to fyka

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday - Red light

Assalamualaikum...

Life does not have any traffic light that lights the yellow before the red. Red might even come before the usual 'life expired date'.
don't be too late,
Ramadhan is the highway for us to prepare (:
It is still green..gentleman, start your engine...


[green-drive] [yellow-prepare to stop] [red-stop]

Sunday, July 31, 2011

bila kematangan melanda

Assalamualaikum...

Bila kita tanya apa ciri lelaki idaman wanita..perkataan 'matang' tu selalu keluar kan? bukan maksud saya matang yg...baligh tu..hihi
 

Seriously...ramai yang kata diri mereka tu matang, tapi bila kita tengok cara diorang tu tak nampak macam orang matang pun..
bagi saya orang yang kata diri diorang tu matang, adalah kurang matang..bukan sebab apa pun,

tp sebab ada orang-orang 'matang' ni kata:


-bila tengok katun <--dikata tak matang
-bila tengok anime <--dikata tak matang
-bila pakai fesyen lama <--dikata tak matang
-bila skema sikit  <--dikata tak matang jugak

hmm..macam2 lagi..
color Pictures, Images and Photos
having different opinion doesn't mean they are wrong or 'childish'

Color Pictures, Images and Photos
Different views are just like different colours

Okey, balik tajuk utama tadi...

apa maksud 'matang'? -rujukan DBP


sudah banyak pengetahuan atau pengalamannya; banyak mengetahui serta memahami sesuatu. mematangkan menjadikan (menyebabkan) matang. kematangan keadaan atau sifat matang: Tingkah lakunya memperlihatkan ~ fikirannya. pematangan perihal, proses dsb menjadi matang atau mematangkan


pada pendapat saya, susah nak cari orang yang matang dan berkelakuan matang, maksud saya orang yang matang dalam pemikiran dan menzahirkannya dalam kelakuannya.

ada orang yang matang dalam bergaya..fashion up to date..tp tak kisah tentang aurat.

ada orang matang dalam pelajaran..pendidikan Islam A1,tp bila bab amalannya sebaliknya.

ada orang matang dalam protokol..tapi tangan kiri untuk makan dalam majlis? oh tidak..

ada orang matang dalam penyiaran dan perfileman..tapi tunjukkan contoh kurang enak kepada generasi muda dan mengaibkan pihak tertentu.

Bagi saya,

matang dalam banyak pengetahuan dan pengalaman dalam sesuatu bidang tidak patut buat kita lupa agama dan bangsa tempat kita lahir, asal usul kita. apa pun yang kita buat harus ada batas. Situasi berlaku disekeliling, mari sama-sama kita jadikan pedoman.

pengalaman mendewasakan, mematangkan fikiran..tapi yang dewasa tak semestinya matang..kan?

Bunnies Pictures, Images and Photos
Peace guys...

Entri teguran kepada diri sendiri dan rakan-rakan.