Monday, January 03, 2011

Posing pengantin part II

Assalamualaikum yaw..

Nak tunjuk gambar pengantin yg sama dengan entri sebelum ni. Komenlah ye,nak pebetul cara ambil gambar. Upload mne yang terasa berkenan di hati je,siap letak watermark,ehehe..trademark org kata.


Background yg cantik. Org2 kt blakang tu penceria keadaan..XP


Versi sandar-peluk-pokok

berkepit..biaselah suami isteri..ehehe


Pandang-pandang jeling menjeling


Kechik2 besor

versi mesra kt pokok..credits to farid sbb bnyak bg posing yg power

Ha,ni pun kt pokok jgk


Ketika sedang mencari spot sesuai nk tgkap gambar


Posing...


Terima kasih diucapkan kepada pasangan Shah dan Shasha yang menjemput untuk menangkap gambar kali ini. Pengantin memang sporting. Sesi outdoor mmg cantik lokasinya. Banyak pemandangan yang menarik kat sini. Bagi orang kedah mst ramai yang tahu tempat ni kn? sori sy tak ingat nama apatah lagi lokasi tempat ni sebab main ikut je naik kete farid,adik shasha (ops..kete barunya..ehehe)

Kepada pengantin baru, SELAMAT PENGANTIN BARU! semoga berbahagialah senantiasa..amin..

Sunday, January 02, 2011

Posing pengantin part I


Assalamualaikum...
Ehem2..Posing mengikut kamus Naz Zan edisi kemaskini 2011 didefinasikan sebagai kelakuan warganegara yang memainkan peranan yang tertarik lagi menarik sebagai kenangan untuk ditunjuk kepada anak cucu dan seangkatan dengannya.

Kepada sesape yang akan kahwin mesti teringin nak bergambar dengan posing yang terbaik iyo gak? entri ni part one nye,jd gambaq adalah satu je yg termampu. Yg lain tu dalam keadaan yg tungging terbalik, kalau upload bikin herot kepala nk tengok.

Gambar di atas ialah dekat ngan dam yang berlokasikan kedah sebagai lokasi outdoor photoshootnya. Pokok-pokok dan rumput warna hijau,jd pemandangan pon sudah tentu kehijauan. singnificant kn? tah ler. Yg berbahagia shah telah ditakdirkan berkahwin dengan Shasha (seperti yang terpampang di dada blog ku ini) Diucapkan semoga ke anak cucu lah pasangan dua sejoli yang sama tinggi ini..

Aiya cik siti jalan manyak susah

Ramai yang suka gambar yang di-pose. Maksud di sini yang kita buat2. Sy saje nk bgtau kt sini gambar tanpa niat juga menarik..sebab kejadian yg lebih semulajadi.CANDID maksud sy. Kenapa panggil gambar candid? boleh google kalau ada jawapan..XD

Nota meja
=candid best..natural org ckp. kejadian yg berlaku dalam hidup ni best dan patut dirakam jika ia seswai. 
pose n candid? I love it all! ^0^

Tuesday, October 19, 2010

Foto-foto


Selamat hari Selasa! ^_~
Maka bermulalah minggu "study week" ^_^


Kali ni nak tunjuk gambar-gambar yang saya suka. Kenapa? atas sebab-sebab yang tertentu..hehe

Ada yang tangkap guna kamera, dan ada juga yang guna kemera kat telefon ni.

















Ya Allah,hebatnya semua ciptaanmu..
Barang-barang ciptaan manusia pun memerlukan bahan dari ciptaanNya.

Jom kita berjalan-jalan mengagumi keindahan alam dan bersyukur ^_^
Alhamdulillah...


lokasi:
UiTM Seri Iskandar, Pulau Pangkor, SK Bagan Serai, rumah sendiri, Kuala Lumpur, Ipoh

Saturday, October 16, 2010




Selamat hari sabtu ^_^
Kali ni penceritaan mengisahkan Family day yang tajuknya AKU dan DIA oleh Persida (Persatuan Diploma Akaun). Bertempat di Padang C UiTM Seri Iskandar.
(acara sambut-sambut belon ^^)




Seperti biasa, acara padang yang seumpama ini dimulakan dengan pemanasan badan dan aerobik.. Meriah jugak acara kali ni, walaupun sebelum ni saya hanya kenal dalam 3 orang je ahli persida, lepas je acara tu, ramai yang kenal. Siap pengacara majlis tu sebut-sebut nama saya ni. keseganan terasa..haha
Acara yang dijalankan? banyak dan mencabar. walaupun tak masuk sekali dan tangkap gambar je, tapi memang terhibur dengan gelagat diorang nih.


Tarik tali antara acara terhangat! Ketua program dan para pensyarah turut memeriahkan suasana. Awal pagi nyaman terasa, tengah hari kepanasan terasa. Namun acara tetap terasa kemeriahannya. Pelajar-pelajar akaun ni memang peramah orangnya, baik-baik je.. terima kasih kepada Ikhwan selaku yang menguruskan acara ni kerana menjemput saya menangkap gambar =)
(ada jugak acara mekap-mekap..hehe
gambar kat bawah pulak ada anak pensyarah,kembar tapi sorang lagi tiada dalam gambar)
(acara tangkap gambar secara beramai-ramai)
(gambar berspek ni Ijoi..credits to shiffa..hehe)

Semua ajk, tahniah =) acara yang hebat.. harap dapat jalankan agenda yang merapatkan ukhwah ini lagi...^_~