Thursday, December 20, 2012


Kebaikan Senyum

Assalamualaikum..

sebuah hadis yang diriwayatkan oleh HR. Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda, “Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu,  walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain,”.


Bila tengok orang yang senyum kita pun boleh senyum kan, macam lagu malique feat najwa tu ~seyum, tak perlu kata apa-apa..

Kelebihan senyum dari segi dalaman

1. Saintis menyatakan senyuman itu suatu senaman dalaman yang bermanfaat kepada sistem badan
2. Pengkaji mempercayai senyuman di permulaan hari dapat menceriakan hidup dan mamberi kegembiraan kepada badan.
3. Hanya 17 otot muka diperlukan untuk senyum berbanding 43 untuk mengerutkan dahi.
4. Senyum menghasilkan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi yang menenangkan diri.
5. Dipercayai merangsang kedua-dua belah otak seterusnya meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ketegangan otot dan tekanan psikologi dapat dilegakan yang membantu otak lebih peka dan mudah menerima maklumat baru.

Ini pula kelebihan senyum dari pandangan luar

1. Memberi expresi baik kepada sesiapa yang kita jumpa. Sesiapa yang bertemu kita akan berasa senang dan lebih tenang.
2. Mengeratkan silaturahim di samping mempercepatkan kemesraan antara satu sama lain.
3. Menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai keyakinan diri dan tak mudah patah semangat.
4. Membuatkan seseorang itu nampak friendly / peramah


lirik lagu raihan pula,
senyum tanda sayang, senyum tanda mesra senyumlah sedekah yang paling mudah, senyumlah...senyumlah dari hati jatuh ke hati.


p/s : Blog ini kini telah diselenggara oleh Mohamad Razi Ahmad Suhaimi (abg kpd arwah)
sama-sama kita manafaatkan teknologi bagi kebaikan bersama.

Sunday, October 14, 2012

draft : solat

Assalamualaikum...
saya terjumpa draft entry ini, maybe draft ini belum siap sepenuhnya tapi post ini mungkin dapat menambah saham pahala bagi Allahyarham Muhammad Nazirul bin Ahmad Suhaimi. Insya-Allah.. sama-sama kita doakan.

 AL-FATIHAH.  

p.s : sincerely : pariparikuyu a.k.a manjae camiela




Solat, amalan wajib bagi umat Islam telah diperakui keajaibannya oleh orang Islam dan juga orang bukan Islam.

Sabda Rasulullah SAW: "Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya". Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


Banyak kali mungkin kita dengar tentang faedah solat, ia mungkin juga kita boleh panggil keajaiban solat. Entri kali ini saya nak kumpulkan apa yang menarik tentang solat dari pelbagai sumber. Saya sendiri pun tak sangka tentang penemuan dalam bidang sains dan perubatan ni. Anda patut teruskan membaca, seriously..











credits to : 
http://tayibah.com/eIslam/keajaibansolat.htm
http://www.suhaibwebb.com/miscellaneous/languages/malay/rahsia-solat-sujud/

Thursday, July 26, 2012

AL-FATIHAH buat Nazirul Suhaimi

Assalamualaikum...

kepada sesiapa yang belum mengetahui berita pemergian ALLAHYARHAM MUHAMMAD NAZIRUL BIN AHMAD SUHAIMI, saya dengan ini ingin meminta kepada sesiapa yang mengenali beliau agar sama-sama kita sedekahkah Al-fatihah dan berdoa agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. amin.

p.s : telah kembali ke rahmatullah pada 24 JULAI 2012 bersamaan dengan 4 Ramadhan

sincerely, pari-pari kuyu @ Manjae Camiela

Sunday, July 08, 2012

Catatan di minggu peperiksaan

Assalamualaikum...




Usaha dan terus usaha, tak kira apa yang saya lalui.. susah senang paper yang akan diharungi, insyaallah boleh. Usaha maju jaya itulah cogan kata kita..

Dengan bermulanya tanggal sayyidul ayyam yakni penghulu segala hari 6 Julai 2012 bermulalah juga penghulu kapada hari peperiksaan ku semester ini. buat pertama kalinya, semester yang hanya ada 3 paper. Semester-semester sebelum ni mau nye 5-6 paper. Berat mata memandang nota-nota, berat lagi bahu memikul soalan-soalan untuk dijawab. Tapi sunggoh, berat lagi badan nak bangun bila syiok nak tidur masa cuti, tapi aih..semangat bila fikir masa depan yang nampak makin terang dan jelas..amin.

Okey, rajin nak upload time table. karya step yang disedut dari kumpulan fb kelas..

Jadual examinasi


Pada saat dan ketika penulis sedang menekan papan keyboard, dah lepas sudah satu. lega bhai.. Tapi tak selega kalau lepas paper kedua. semoga semuanya berjalan dengan lancar, tak macam komuter yang selalu delay..ermm..

Berbalik kepada exam.. nota tak lah banyak mana, tapi kurangnya kesedaran kot. Sunggoh, saya suka sangat belajar ni. baca nota sume. Banyak tempat digunakan untuk membaca dan menelaah nota-nota hasil tulisan dan print-out yang lecturer bagi. Mulanya semangat kat rumah, namun lokasi tempat tidur yang terlalu dekat meningkatkan suasana kelam kelabu beberapa minit selepas mula membuka nota. muka depan nota belum diselak, selimut pula diselak mesra..




Taktik diubah dengan melangkah ke masjid negeri, ouh indah nian lokasi dengan air pancut di perkarangannya yang membangkitkan suasana keamanan dan keimanan yang menenangkan.. kerap lah jugak study kat sana. Tapi terasa kurang selesa sebab tak ada meja dan bangku khas, sengal-sengal belakang lah pulak jadinya.. Nak pakai masjid punya agak malu-malu anak kucing..hehe. Senang cerita, lepas tu study dengan kawan-kawan je kat library.. senang nak tanya kawan, pinjam nota yang tak lengkap..aman..

Thanks for reading..doakan saya ye kawan-kawan..
terima kasih daun keladi,
free-free doa la lagi =D

Sources of pictures :
saras-scrapbook.tumblr
stephanie

Thursday, June 21, 2012

Sebuah evolusi

Assalamualaikum...

     Pada tangal 20 Jun 2012, secara rasmi saya ingin menyatakan bahawa blog tunggal ini telah berubah rupa. Dahulunya yang merupakan blog warna putih suci-suci kini dah mula menunjukkan kelam-kelam kegelapan. Namun begitu, ia tampak lebih ceria serta menunjukkan ciri-ciri kepelbagaian dalam dekorasinya kali ini.

Sebuah header karya kreatif pariparikuyu


Jutaan terima kasih serta kasih sayang tanpa berbelah bahagi lagi kepada si dia a.k.a my pariparikuyu yang dengan tekun, dedikasi, berkasih sayang serta penuh perhatian melakukan anjakan paradigma ke atas blog ini. Tampak eksklusif, yea tanpa ragu lagi. Sekali lagi, terima kasih =)

Okey, sekarang nak bercerita berkenaan warna-warna yang pernah menghiasi laman blog make my day ni.  Sekitar Januari 2010 sehinggalah pada tahun 2011, warna tema utama blog ini adalah hijau yang pada pendapat penulis merupakan suatu warna tema yang menggamit perasaan kehijauan atau ketenangan alam. Berlatarbelakangkan hijau dan kayu-kayan, tampak sungguh natural serta indah nian. disertai dengan entry-entry luahan perasaan serta info-info yang meluas, tampak menarik.

Di kemudian harinya, blog ini mula berubah menjadi keputih-putihan, sekarang ia mengorak langkah lagi menjadi kehitam-hitaman yang kelihatan elegen. Insyaallah kata maher zain, entry-entry baru bakal menghiasi wajah muka blogger ini..=D

Akhir kata, terima kasih kerana sudi baca ^_-

credits to pariparikuyu =)

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday - kelas batal

Assalamualaikum...

Friday, February 24, 2012

Bunga-bungaan mekar


Assalamualaikum

Bila je saya kena tinggal dalam sebulan kat Cameron highland ni, apa yang paling unik atau kelainan yang dialami ialah bunga-bungaan kat sini. Serius bunga pelik-pelik kot yang saya tak pernah jumpa kat rumah ada kat sini. Mungkin sebab saya ni bukan pencinta bunga kot. Diselami dengan efek-efek retro, jom tengok..

Trio. bunga yang suka bertiga-tiga. sungguh menarik nian memandang

Bunga yang dimonochromekan. Tampak misterius bila di edit sedemikian rupa

Bunga selepas hujan melanda. Hujan umpama mutiara

Satu-satunya spesies bunga dari spesies yang saya dikenali, namun berkembar-kembar kelopaknya.
Berbunga2 hati memandang


Ni bunga backhoe..spesies berdiesel dan beroperator.haha
Gambar hiasan. bukan mat bunga
Tak banyak pun gambar bunga nye. Tak sempat pun nak ambik gambar banyak2, pinjam fon bos nih. Tq very much bos.. Indah sungguh ciptaan Allah kan? subhanallah ^_^.. Masa buat entry ni, tak habis lagi praktikel, tapi di ambang penghujung camtu la. kira tengah tacing2 sebab dah ramai kenal dengan orang kat sini..ramai baik2...praktikel bakal dikenang, insyaallah.

Terima kasih kerana sudi datang ke blog saya =)

Saturday, February 11, 2012

Angkat orang nak makan

Assalamualaikum..



Kalau korang pernah duduk asrama, mungkin pernah alami benda yang sama. Kira ni kenangan saya dulu-dulu la masa jadi junior. Antara pengalaman yang saya rasa agak kelakar, Kena angkat makanan untuk senior. memang sangat diingati la bende ni. Jom2 baca..hehe

Pengalaman saya duduk asrama sejak tingkatan 1, sampai tingkatan 5 dan berpindah-pindah asrama. Jadi selalu tengok keadaan ni. Tapi tak semua asrama la leh jadi macam ni. Kira jarang punye la.

Special untuk dewan makan sebelah asrama punya, di mana senior-senior adalah manusia yang sangat sibuk bersiap untuk ke kelas pada waktu pagi. Jadi tak sempat lah nak pergi beratur dalam 15 minit nak pergi ambil makanan. Junior2 kelas petang tingkatan 1 dan 2 kemudian menjadi mangsa.

Kalau nama junior tu, pasti kena bangun awal dan solat subuh berjemaah. Senior banyak masih membongkang mungkin atas tidur lewat bersembang hingga awal pagi. Jadi yang antara awal tunggu mak cik dewan makan bukak pintu roller shutter tu saya lah.

Greeennggg pintu roller shutter tu ditolak ke atas, junior2 yang tengah berbaris nak ambil makanan pun mula tengok nasik goreng yang agak banyak daging nak baru angkat, mak cik tu pun kata, "sama je",haha..trade mark btul.

Lepas je menghirup titisan teh suam kaw yang terakhir dari cawan, mood nak balik bilik dan lepak2 berehat tetibe dibayangi agen2 senior dari dorm yang mendatang, "naz, abang ___ dengan abg ___ ni suruh ambik makanan kat dia", eark??  2 je? slalu 3.hehe..redho je la.

Contoh dewan makan..design pun macam sama nih.

Berbaris balik walaupun aspuri dah mula membanjiri dewan,adoi segan. Nasib baik ada geng kadang2 tu.selalunya ada la..skill angkat pinggan dan cawan 2-3 set semakin hebat dari hari ke hari.

Sampel pinggan sarapan pagi.
yang biasa dipenuhi bihun atau nasi goreng. sedap tu 

Benda dah rutin, jadi ape yang kami slalu wat, makan cepat2 pastu terus menyorok dalam tandas, kdg2 dalam satu tandas tu ada dua tiga orang.haha..yang tempat mandi tu. Senyap je ramai2 dalam tu takut senior dan konco2 mendengar.haha. Ada yang lain menyorok kat ampaian, tapi tempat tu berisiko sket, senior dapat bau.haha. amboih diorang nih..angkat diorang masuk dewan kang..haha

Sejarah ni berlaku masa tahun 2001-2003 masa saya menengah rendah kat asrama dulu. Macam mana ye keadaan sekarang? Saya tak pulak pegi wat interview. Tapi memang kenangan, 11 tahun dulu. Macam baru je lagi saya rasa. Tak dapat lupa.

Thanks for reading..

Tuesday, February 07, 2012

Berpraktikel di tanah tinggi

Assalamualaikum...


Fuh, lama betul tak update nye. Tup2 Sebulan menghilang. Sebenarnya pergi praktikel kat Cameron Highland. Eksen kemain orang len kat umah je praktikel,mau jugak gi panjat bukit. Nak tmbah pengalaman,ok takpe.

kuh semangat, awal berejam. Kakak tiket bas kata, awai datang,tak sabaq pi oversea ka.hehe.okey memang excited pon,tanpa ragu2 lagi.

Dalam perjalanan tu tangkap gambar ni dari Duta


Jauh naik bukit belok kiri kanan. Bus-mates plak banyak pelancong, mat2 saleh, pak2 arab dan tak kurang dari Bangladesh. Terasa pegi melancong lak, walaupun nak gi praktikel je pon. Orang tak biasa tmpat sejuk la katakan.. Dalam dua tiga hari pastu kering kulit2 jadi merekah, kulit tak biasa kot sejuk macam ni, smpai sebulan. Sebagai yang dah tak kesorangan, mencabar lah jugak duk tempat orang ni.haha.bajet gi oversea lak

Okey, apa yang nak bagitau sebenarnya, pergi jauh2 ada menariknya. Dapat tau pembinaan kat tempat orang. Kat sini air macam tak berenti mengalir dari tanah yang lagi tinggi. Tanah plak lembut dan berbukit2.

Antara pemandangan di tapak bina
Jadi kena potong sikit lah cerun tanah nak buat bangunan, retaining wall lah jadi pemegang tanah tu. Tanah yang lembut dan berair plak kena la buat saliran air dan ganti dengan tanah yang kuat dari tempat lain. Piling? Kena guna jenis inject punya, ketuk2 guna hammer tu runtuh kang bukit orang..hehe

Tetibe terasa jadi lecturer Const Tech. Macam tak berbakat, saya tau.hehe.. Okey, pembinaan tu kat sekolah menengah, nak tambah blok bangunan. Sedang nak catat site diary, sayup2 kedengaran cikgu mengajar geografi, teringat cikgu geo dua orang yang masih diingati. Pastu, dengar cikgu ajar math dalam BI, dah tak teringat apa2, batch terakhir guna BM la katakan.

Di tapak bina


Semasa tengah dok taip ni, praktikel belum habis pun, nak cerita 2 minggu pertama je. Mencabar lah jugak. Kawan2 dari indonesia pun bertambah. Banyak baik2 diorang nih *terharu*.



Thanks for reading.. =)

Friday, January 13, 2012

Changes = Perubahan

Assalamualaikum...

Selamat pagi kawan-kawan yang berjiwa dan berwawasan..

Differences


Changes = Perubahan

perUBAHan berlaku kat semua orang. Berubah, terubah, merubah, diubah -semua ada UBAH.
Semua perkataan ni berkait kepada keadaan sesuatu yang berbeza dari sebelumnya. semua ni saya nak kaitkan dengan manusia ~ sikap kita.

Berubah - Perkataan yang kita sering kaitkan dengan manusia yang sudah tak sama sikapnya. Contoh kawan kita yang dulunya sangat baik dengan kita, tetapi sudah tak sama dah sekarang. Dia ada kawan baru dan tak hiraukan kita. Mungkin juga dulu kita tak pernah suka makanan Jepun atas alasan tak masak la dan berlendir ape sume. tapi sekarang dah feveret pun.

Terubah - Situasi yang sering berlaku bila seseorang dapat sesuatu yang mengubahnya. Contohnya, sifat seseorang yang terubah disebabkan dia mengenali seseorang yang mengubahnya menjadi lebih baik, tunjukkan jalan yang dia rasa lebih baik dari sebelumnya. Kalau benda macam ni bagus sangat kan?

Merubah - Bila terjadinya seseorang yang rasa ingin merubah orang lain menjadi yang berbeza dari sebelumnya. Seperti cikgu-cikgu yang mengajar anak murid untuk menjadi pelajar yang lebih baik. Insan yang nak tengok orang lain menjadi insan yang lebih baik.

Perubahan bukan benda yang teruk yang patut dielakkan. Ia boleh beri sesuatu yang lebih baik, asalkan perubahan yang berubah tu tidak tersasar dari Agama dan menjadikan kita lebih baik. Jika takut berubah kepada yang lebih baik, kita dalam keadaan yang sangat rugi.. terus berada dalam keadaan yang kurang baik mesti buat kita rasa kurang selesa, terus dihantui rasa.

Takutlah untuk terus berada di tangkuk lama yang kurang baik. Buat apa nak terus jadi yang sama kalau jauh dalam hati kita, kita tahu yang kita boleh jadi lebih baik. Saya percaya semua pernah terdetik, walau sedikit. Contoh - "eh, aku tak patut hisap rokok" atau mungkin juga, "kenapa macam aku sorang je tak pernah bayar zakat nih?" jangan biarkan niat untuk berubah hanya tinggal niat.

Banyak sangat faktor kenapa kita susah nak berubah. Faktor yang tak habis-habis boleh disenaraikan berjela-jela. Tapi kita lebih tahu, faktor utama diri sendiri. takkan berubah diri sendiri kalau kita takut orang sekeliling tengok dan mencemuh perubahan tu. Diri sendiri yang dah matang dan tahu apa yang betul atau salah. Jadilah diri sendiri boleh berubah tanpa fikir pendapat negatif orang lain. Tak biasa ye? just make a step by step differences, its easier. believe me. Now or never..because you might not have a second chance. Do it yourself, or find someone that can help you to.



I am brave, I can make the difference to be a better person [let's tell this to ourself]

thanks for reading ^_-

Tuesday, January 03, 2012

Exam mode

Assalamualaikum...

Dah berminggu saya mendiamkan diri kan? oh menyibukkan diri buat masa tersebut. Gathering pun tak dapat pergi kan T.T melambai-lambai bukan nak kata selamat tinggal ke ape, cuma nak menyepi untuk lebih lama. Peperiksaan bermula esok, doakan saya ya kawan-kawan ^_-

oh kepada yang nak periksa jugak, semoga berjaya ^-^


maan najah fil imtihan (semoga berjaya dalam peperiksaan)