Thursday, November 24, 2011

Antara nasib dan takdir

Assalamualaikum...
dan juga hello kepada semua

Pernah tak anda berada dalam keadaan seperti gambar rajah di atas? 


huh..sigh.. kadang-kadang nak tidur tu boleh terfikir kejap, eh apa yang aku sedang lalui ni? sejak aku dari dulu sampai sekarang, semua yang aku buat ni betul ke tak? kenapa benda ni jadi kat aku? kadang-kadang tak terfikir pun aku akan berada di mana aku ada sekarang. Betul ke aku pilih jalan ni? sangat tertanya-tanya... duk sengsorang fikir pasal diri sendiri, memang macam ni ke yang jadi?


Apa saja yang berlaku sekeliling, yakin ada sebab musababnya, kalau tak mesti tak ditakdirkan berlaku kan? anda pernah terfikir tak sebab apa sesuatu perkara tu berlaku kat anda? tayar pecah? beg kena air kencing kucing? broadband habis limit??? paling habis boleh la fikir, lah ada lah hikmahnya ni, terima sajalah.. bagus lah tu, saya selalu berfikir macam tu. ok ke?

Jadi apa yang saya cuba nak sampaikan di sini, terimalah diri anda seadanya.. bersyukur dengan apa yang ada dan disamping tu usaha untuk jadi yang lebih baik. Bukan terima si-dia seadanya saja, terima diri sendiri pun boleh. Percaya tak kita lebih untung dari banyak orang??? nak dengar cerita? suatu hari mathama ghandi rasa sangat malang dan sedih kerana tidak mampu mempunyai walau sepasang kasut untuk melapik kaki ketika berjalan, menyebabkan kakinya sakit dan luka-luka. tak lama lepas tu dia berhenti buat macam tu. Sebab apa? dia ternampak seseorang, yang berjalan tanpa sebelah kaki.
Thanks for reading =)

Tuesday, November 01, 2011

lomo di Kuantan

 Assalamualaikum..

Beberapa minggu yang lepas saya ada pergi ke Kuantan untuk case study. Iaitu lawatan tapak lah kiranya. Ada entry tentang saya pergi ke sana di sini. Tak pernah lagi naz bawak kamera lomo pergi trip, ni lah kali pertama.

gambar yang berupa : henshin, pinggiran sungai kuantan, lampu hotel, bangunan teruntum


Trip yang ni agak kurang menarik berbanding trip-trip dulu, Kuantan kan, saya dulu pernah belajar kat sana, jadi dah selalu sangat pusing-pusing kawasan ni, jadi perasaan biasa itu muncul dalam diri. Tapi bila ada kat sana dengan kawan-kawan kelas, rasa menarik plak deh. Rupanya, Kuantan memang bandar yang menarik..percayalah..

Korang suka analog-analog lomografi ni tak? Boleh la berkongsi kan. Saya suka gambar-gambar macam ni, ada kawan jadi pening tengok gambar bertindih-tindih nih, hehe..korang rasa macam mana? Apa yang saya suka analog ni, tak perlu setting segala macam kamera biasa. Keluarkan kemera terus snap(lepas rotate film)


Masjid negeri Kuantan+padang di tepinya, lampu jalan+awan nano

Deretan kedai, kawan-kawan di tepi sungai kuantan

Apa yang jadi, banyak gambar bukan di ‘pose’. Jadi kenangan tu ada lah kan ^_^, saya rasa kenangan yang kita ‘pose’ tak original, tak rasa keadaan di situ. Bila reaksi biasa, kita saya dapat rasakan keadaan masa tangkap gambar tu. Oh, tidak dapat diupload gambar tersebut, nanti ada yang marah...gambar tersebut ada yang amat tidak sesuai untuk tatapan umum..he3.. 
Jadi kat sini banyak saya banyak upload gambar permandangan je ok..hoho. oh ye, tiada penglibatan makhluk halus atau entiti-entiti misteri dalam pembikinan gambar-gambar di atas, multiple eksposure ok..

terima kasih sudi membaca...