Monday, June 20, 2011

Cuti 4 bulan!

Assalamualaikum..

Penceritaan kali ini mengenai cuti..4 bulan lama tu...

Cuti empat bulan telah hampir 3 minggu sy alami. Bila cerita pasal cuti, diri terasa lega tanpa sebarang asignment yang mengurangkan tidur dan menguatkan jemari. Dan sudah semestinya amat jauh sekali dari amalan pembayaran sewa rumah yang pada pikiranku melemahkan jiwa raga..haha.
Perkataan cuti dari kaca mata sy juga mengurangkan asap disekeliling. Jauh dari perokok! Haha..kejam betul ayat tu xD. Tak memaksudkan sesape..

berbaliklah pada cutinya itu tadi, nak bercerita tentang aktiviti semasa bercuti, walhal belum habis pon cutinye. Tapi apakan daya, nak bercerita jugak..apakan daya lg sekali. Yang tragis bila nak bercerita ni, nak dijadikan cerita – sy tak pun buat macam kawan-kawan saya tu, keluar pergi kilang, butik, cc dan segala bagai untuk cari rezeki macam mereka di kala cuti menghinggap. So, most of the time? Duk rumah goyang kaki kah? Oh tidak juga, ni yang semangat nak bercerita ni..

Pada suatu hari yang tidak dirancang, saya pergi ke Kursus P e n g a w a l Keselamatan. Ia telah diadakan di suatu tempat yang tidak dapat sy..er.. sje2 nak rahsiakan..=P Saya pun pergi ke sana dengan tujuan menambah ilmu didada dan setelah pulang, memang pelbagai ilmu yang saya dapat. Selama beberapa hari disana, amat bermanfaat masa yang telah dihabiskan.

Pengawal Keselamatan atau juga populer dikenali sebagai Pak Guard/Mak Guard sebenarnya amat penting dalam masyarkat. Berlatangbelakangkan keluarga polis dan bersaudaramarakan askar-askar, saya sedikit sebanyak faham tentang tugas mereka. Kepentingan mereka? Mengawal keselamatan? Itu saja ke? Ada 4 skop penting dalam tugas mereka iaitu : 

mengawal, mengesan, mencegah, menyiasat.

Sekali lagi-Sememangnya amat penting tugas mereka dalam masyarakat. Selalu jumpa diorang kat sekolah dan kilang kan? Sy pun slalu nampak diorang kt situ.. Panjang lebar sebenarnya tugas dan kepentingan mereka ni, tapi sebenarnya saya nak bercerita tentang pengalaman saya di sana =)

Kat sana saya dapat berjumpa dengan orang yang jauh lebih muda dan jauh lebih tua dari saya. 19 tahun hingga umur 60++. banyak beza umur kan? Pendek kata pelbagai umur.. Yang alim dan sebaliknya, yang bekas askar n bekas pelajar dan macam-macam lagi.

Saya ada jumpa dua orang kawan yang kami agak rapat di sana, Abu dan Ewil, dua-dua orang sabah dan semua baik-baik ^_^ tak sangka dapat kawan yang macam tu kat sana.

Pergi mana-mana kem je, apa yang sering dan selalu saya lakukan, berkenalan dan bertukar-tukar cerita. Baru sekarang saya faham macam mana kesusahan cari rezeki lepas kenal mamat-mamat disana.

Mamat A- umurnya lebih kurang sy je, agak muda sikit je. Agak suka bercerita dan happy2. Sekolah sampai sekolah rendah dan terus bekerja bertahun tahun sampailah sekarang. Sekarang dia jadi security guard kat shopping complex. Banyak jenis kilang yang dia dah kerja sejak muda lagi. Katanya susah kerja dengan orang kat kilang, Pak guard senang sikit. Sy yang tak pernah kerja kilang pun terasa susahnya dari cara dia bercerita, banyak tempat dah dia pengalaman kan?

Mamat B – ceritanya lebih kurang mamat A tapi yang bestnya dia mula-mula kerjanya jual ikan, umur sama dengan saya. Periang dan senyap kadang-kadang. Banyak pengalaman kerja jugak. Yang saya suka pasal dia ialah dia banyak tau pasal ikan, tak macam sy yg rasa macam kenal ikan sardin macam tu je..hehe..haha

Dari mamat A dan B, saya amat kagum dengan kesungguhan mereka cari rezeki. Sejak dari muda dan tak macam saya yang kurang ke arah tu =(. Dua2 mamat ni sy kenal kat surau.

Secara keseluruhan, semua sangat peramah. Sy dapat belajar cara nak bercakap dengan orang lebih tua tau. Pak cik-pak cik yg umur 50-60 tahun tu sy buat macam kawan-kawan je sebab selalu sangat jumpe, kat tempat makan, tempat tidur, masa kuliah dan tempat latihan. Yang sy agak terkejut, mereka sangat bersopan ketika cakap, sy yang rasa muda ni rasa segan pulak.JADI? Sy nak jd sopan! Sy nak jd sopaaan! Hehe

Dalam kursus tu ada exam tau! Haha.sy yang tak pernah-pernah jd pak guard disuruhnya jawab exam pak guard! Tapi sume diorang dah ajar la dalam lecture. Contoh cara tulis laporan, etika, kuasa, cara selesai masalah dan pelbagai lagi. And what's amazing is...sy dapat anugerah cemerlang akademik! sorang je tu dalam ramai2 peserta. Dapat piala ngan hadiah lagi(berupa water heater)..tak sangka betul dapat anugerah tu >_

Rasa seolah-olah panjang sangat je saya taip ni, nak teruskan cerita pada entri yang akan datang! Insya allah ^_-. Ada banyak aktiviti berfaedah+kurang berfaedah yang telah berlaku masa cuti ni.

Terima kasih atas pembacaannya kawan-kawan...=)


 

3 comments:

red gitarputeh said...

pak guard uitm :hoho

p/s : nak jadi sopan ye.? bukan dah cukup sopan ke.? nak sopan camana lagi.? hoho XD

red gitarputeh said...
This comment has been removed by the author.
Nazirul Suhaimi (Razi Suhaimi) said...

red- tak sudi lagi nak jadi pak guard, biarlah nak kerja biasa je..hehe

kesopanan dan kesusilaan..biarlah lagi sopan,lagi best =)