Biarkan si kecil berlari-lari anak
mengotori jari-jemari comel
atas si bapak mendagu penat
si ibu mengusap dahi
masa dulu fikirnya begini jua
ia, memang begitu tingkahnya
sang ibu mudanya batu alas saingannya
bapanya ke hutan mencari sang mergas terbang
kini anaknya jua kepinggiran
terlalu jauh detiknya
maunya tak bisa dek pemikiran
bapak jua emaknya
ia, memang begitu tingkahnya
kurangnya air yang disimbah
kini melarat tinggalkan bisanya
mau dikelar luntur namun pekat selimutnya
biar ada mahu dihati
usah terus dikunci gelap
petinya kan hancur
mahu tinggal mahu
tiada sambung talinya
ia, memang begitu tingkahnya
langit biru tampak sirna
gelapnya dakwat tumpah ke langit
hasil pena si pencinta muka dunia
enaknya nampak di nombor
gagahnya nampak di bumbung
jari-jemari comel tetap kan muncul
ia, memang begitu tingkahnya
ia, sudah waktunya
pena yang diberi disentuh ayu
tak perlu lagi ditunggu hujan
kalau mahu, gunung kan bisa gerganjak
ia, memang begitu tingkahnya.
No comments:
Post a Comment