Monday, June 20, 2011

Saya Ketika Menaip

Assalamualaikum..

Entri kali ini saya nak cerita pasal blog decisionpack ni. Kira macam sejarah penubuhan la.
Pada suatu hari tu, saya kat library, masa tu saya belajar kat UiTM Seri Iskandar di perak. Saya duduk sengsorang je masa tu, tak ingat sebab utama ke sana..hmm..lupe..

Petang tu saya rasa happy2 sambil meng-online kan diri secara solo dengan internet wireless yang lebih laju tatkala kawasan tersebut kesunyian. Sebenarnya saya bukanlah betul-betul kat library tu, tapi kat bawah library. Ada orang panggil foyer library, tapi saya pun tak tau apa nama tempat tu. Ala, tempat duduk-duduk dekat tangga nak naik library tu, mesti yang blajar kat sana tau tempat tu. Tempat yang selalu menjadi lokasi perbincangan kumpulan(kalau ada asgment je kot) sejak saya sem 1 lagi.

Ok sambung balik. Tempat tu agak terbuka, jadi boleh nampak pokok-pokok dan rumput-rumput yang kehijauan.Pandangan pun luas disebabkan bangunan lain kurang menghalang. Hijau? Saya memang suka warna hijau dan pemandangan yang luas. Dua-dua perkara tu boleh merehatkan mata tau? Saya baca dari buku pelangi.

Masa yang merehatkan minda ni saya bukak laman web blogspot, niat nak mencoretkan apa-apa yang terlintas difikiran, kiranya macam diari la, walaupun saya tak pernah ada diari T-T, jadi nak mula lah ni. Niat nak baca sengsorang je pada mulanya..tapi niat dah tersimpang dah pun sekarang ni.xpe2, kite kongsi2..Lagipun kecik-kecik dulu saya ada cita-cita jadi penulis..

Lama kelamaan saya suka menulis blog, sebab ada yang suka saya tulis. Dulu saya selalu tulis dalam english, sebab seronok2, ada jugak entry dalam bahasa melayu..campur-campur la. Lama punya lama saya berblog, pastu sy delete sume entri2 lama sampai licin, kusong..pastu lama baru saya berblog balik. Jiwa kacau masa tu..haha xD

Tapi kan, gambar masa mula-mula saya upload letak dalam blog ni ada lagi..hehe. Cube tgk ^^
ni gambar dalam library. Tajuk entri tu kalau tak silap saya, the red chair..tapi dah tak wujud da pon..


Bertahun jugak gambar ni, macam umur blog ni jugak.
Saya lebih suka menulis pasal apa yang saya rasa berbanding apa yang orang rasa, kiranya ikhlas dari hati lah tu..hikhik 

Sekarang pulak, saya selalu taip apa yang saya rasa saya nak tulis, tak tentu hala kadang-kadang tu..

Apakah moral dari cerita ni?? jgn jiwa kacau! Haha Xp

Terima kasih =) semoga hari esok lebih baik dari hari ini.. ^^


2 comments:

red gitarputeh said...

HAHAHA. pandai pulak dia selit kan unsur lawak XD

Nazirul Suhaimi (Razi Suhaimi) said...

red-tak perasan plak..huhu. eh, cepat red komen ye..terharunye..tq2 XD