Wednesday, January 05, 2011

Apabila si dia bertunang...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sejak beberapa hari bertukar kampus ke Shah Alam, saya telah dikurniakan internet yang agak laju untuk proses upload gambar-gambar yang diharap dapat mewarnai blog ni.

Kali ni entri mengisahkan kisah benar majlis pertunangan dan khatam Al-Quran yang bertempat di Ipoh. Saya telah dijemput menggantikan photographer yang ada urusan lain, terima kasih daun keladi sebab bagi tugas ni kat saya ^^, seronok jugak dapat majlis ni, namun tidaklah terlonjak kegirangan. Tuan rumah beserta ahli dalam rumah tu memang baik-baik =)

entri kali ni detail sket..ada ulasan lebih lanjut lg meluas..theheehe

Kita mulakan dengan hantaran dulu..zasss!

Hantaran yang berupa sejadah solat yang dihiasi bunga berwarna coklat.
Sejadah dilipat zig-zag dan mempunyai warna keemasan sama seperti bekasnya, memberi citarasa mewah lagi anggun. Hebat orang yang buat hantaran ni kan?


Yang ni plak songkok melayu dengan sentuhan rama-rama berbunga mekar.
Saya pasti yang pakai songkok ni mesti bukak rerama tu mse dia pakai nanti


Deretan hantaran keemasan yang indah gemalai bak meminang sang putera raja.


Hantaran dibalas hantaran, 
yang disini pula tersegam indah hantaran yang bakal menggoda sang puteri.
Siapa agaknya yang makan sirih tu nanti ye?

Bunga versi gantung-gantung yang menghiasi bilik dimana hantaran-hantaran diletakkan.
Merah putih dihiasi kristal.
Penulis masih ragu-ragu adakah ia termasuk dalam kategori hantaran.


Disebabkan majlis ini gabungan antara majlis pertunangan dan khatam Al-Quran, Al-Quran juga ada dan sudah pasti tidak termasuk dalam hantaran buat kali ini. Yang mengkhatam Al-Quran merupakan adik kepada bakal pengantin perempuan wanita tersebut.

Kita beralih pula pada jemputan pada hari kejadian.
Adik ni wakil, nak ambil gambar sume ramai sangat.
Identiti dirahsiakan atas sebab-sebab yang tidak diketahui


Cincin yang bakal menghiasi jari-jemari si puteri. 
Tak reti nak komen cincin ni,tapi bekas dia cantik


Pasangan yang bakal melangsungkan pernikahan tak berapa lama lagi setelah menjalahi hari-hari sebagai tunang lelaki dan tunang perempuan.

Bunga yang menghiasi lokasi penggambaran pada hari kejadian. Bunga-bungaan mekar menghiasi majlis tersebut.

 Barangkali sedang komen mengkomen hal butang baju si putera yang cantik. lokasi di luar rumah

B&W picture turut disediakan.
Terima kasih kepada tuan rumah yang memberi saya bunga telur kat depan tu. Saya suka.

Tiada kata-kata lain yang dapat saya berikan kepada mereka selain selamat bertunang. Semoga dapat  membina masjid sepantas mungkin. Terima kasih sebanyak mungkin kepada keluarga belah perempuan kerana sudi menjemput.


No comments: