Sunday, January 23, 2011

Se-tengah hari di festival budaya Jepun

Assalamualaikum...


Bertempat di UiTM Shah Alam, 
saya bersama teman-teman telah melangkah ke...

Japanese Cultural Festival! 

Sebagai seorang pelajar yang baru belajar bahasa Jepun, agak teruja untuk berada di sana. Walaupun semangat untuk datang awal tidak kesampaian, namun semangat nak pegi masih ada..

Tarikh 22 Januari, baru semalam nih. 
Banyak aktiviti kat sana tu kalau nak tau, 
macam jual sushi, 
jual keychain, 
lukis2 anime la, 
lawan2 martial art segalabagai..

nyanyian pun ada gak, persembahan band dan pertandingan nyanyi..tak mungkin sy nak masuk, bahasa jepun pun baru belajar..tp ada senior2 yang masuk, tercengang dengar diorang nyanyi lagu jepun tu..sebut perkataan jelas-jelas je sume..

sy? Lagu doremon boleh lah kot. Oh ye, cosplay pon ade! Aizen Taichou!
 


Aktiviti saya ialah tangkap gambar dan makan sushi!

Selamat datang! ^_^ amboi meriah

Ceria ramai pelanggan nih..Alhamdulillah..

Tekun menyediakan sushi untuk perut2 yang lapar

Cantik berkimono+tudung=Anggun!

Wish I had my Hardisk with me

Lambang tu mahal.. Taichou nie

Ada sapa2 paham tulisan ni? saya tak paham

Hiasan ni cantik kn?

Fly2 and away.. Saya pergi bertiga mse hari ni. Hanis and Faiz


Ni Faiz Boizi

Ramai pelukis anime mse ni, memang cantik diorang lukis kn. Penah belajar, tp tak penah jadi camni pun.



Ramai kawan lama yang saya jumpa kat sana, kawan mse kat matrik, sekolah menengah dulu, Akak OC pun ade, name dia Sifu!


Congrats to JCC UiTM! Nice event indeed! For next sem, make another one ya. Proud to be there! Wala wei!

P/s- Gambar2 tak-beredit. Suka nampak natural je camni.Ok tak? Gambar saiz medium, agak megabait2 gak la saiz dia..mst lambat loading kn..aih la

watashi wa Nazirul des! XD

Wednesday, January 05, 2011

Apabila si dia bertunang...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sejak beberapa hari bertukar kampus ke Shah Alam, saya telah dikurniakan internet yang agak laju untuk proses upload gambar-gambar yang diharap dapat mewarnai blog ni.

Kali ni entri mengisahkan kisah benar majlis pertunangan dan khatam Al-Quran yang bertempat di Ipoh. Saya telah dijemput menggantikan photographer yang ada urusan lain, terima kasih daun keladi sebab bagi tugas ni kat saya ^^, seronok jugak dapat majlis ni, namun tidaklah terlonjak kegirangan. Tuan rumah beserta ahli dalam rumah tu memang baik-baik =)

entri kali ni detail sket..ada ulasan lebih lanjut lg meluas..theheehe

Kita mulakan dengan hantaran dulu..zasss!

Hantaran yang berupa sejadah solat yang dihiasi bunga berwarna coklat.
Sejadah dilipat zig-zag dan mempunyai warna keemasan sama seperti bekasnya, memberi citarasa mewah lagi anggun. Hebat orang yang buat hantaran ni kan?


Yang ni plak songkok melayu dengan sentuhan rama-rama berbunga mekar.
Saya pasti yang pakai songkok ni mesti bukak rerama tu mse dia pakai nanti


Deretan hantaran keemasan yang indah gemalai bak meminang sang putera raja.


Hantaran dibalas hantaran, 
yang disini pula tersegam indah hantaran yang bakal menggoda sang puteri.
Siapa agaknya yang makan sirih tu nanti ye?

Bunga versi gantung-gantung yang menghiasi bilik dimana hantaran-hantaran diletakkan.
Merah putih dihiasi kristal.
Penulis masih ragu-ragu adakah ia termasuk dalam kategori hantaran.


Disebabkan majlis ini gabungan antara majlis pertunangan dan khatam Al-Quran, Al-Quran juga ada dan sudah pasti tidak termasuk dalam hantaran buat kali ini. Yang mengkhatam Al-Quran merupakan adik kepada bakal pengantin perempuan wanita tersebut.

Kita beralih pula pada jemputan pada hari kejadian.
Adik ni wakil, nak ambil gambar sume ramai sangat.
Identiti dirahsiakan atas sebab-sebab yang tidak diketahui


Cincin yang bakal menghiasi jari-jemari si puteri. 
Tak reti nak komen cincin ni,tapi bekas dia cantik


Pasangan yang bakal melangsungkan pernikahan tak berapa lama lagi setelah menjalahi hari-hari sebagai tunang lelaki dan tunang perempuan.

Bunga yang menghiasi lokasi penggambaran pada hari kejadian. Bunga-bungaan mekar menghiasi majlis tersebut.

 Barangkali sedang komen mengkomen hal butang baju si putera yang cantik. lokasi di luar rumah

B&W picture turut disediakan.
Terima kasih kepada tuan rumah yang memberi saya bunga telur kat depan tu. Saya suka.

Tiada kata-kata lain yang dapat saya berikan kepada mereka selain selamat bertunang. Semoga dapat  membina masjid sepantas mungkin. Terima kasih sebanyak mungkin kepada keluarga belah perempuan kerana sudi menjemput.


Monday, January 03, 2011

Posing pengantin part II

Assalamualaikum yaw..

Nak tunjuk gambar pengantin yg sama dengan entri sebelum ni. Komenlah ye,nak pebetul cara ambil gambar. Upload mne yang terasa berkenan di hati je,siap letak watermark,ehehe..trademark org kata.


Background yg cantik. Org2 kt blakang tu penceria keadaan..XP


Versi sandar-peluk-pokok

berkepit..biaselah suami isteri..ehehe


Pandang-pandang jeling menjeling


Kechik2 besor

versi mesra kt pokok..credits to farid sbb bnyak bg posing yg power

Ha,ni pun kt pokok jgk


Ketika sedang mencari spot sesuai nk tgkap gambar


Posing...


Terima kasih diucapkan kepada pasangan Shah dan Shasha yang menjemput untuk menangkap gambar kali ini. Pengantin memang sporting. Sesi outdoor mmg cantik lokasinya. Banyak pemandangan yang menarik kat sini. Bagi orang kedah mst ramai yang tahu tempat ni kn? sori sy tak ingat nama apatah lagi lokasi tempat ni sebab main ikut je naik kete farid,adik shasha (ops..kete barunya..ehehe)

Kepada pengantin baru, SELAMAT PENGANTIN BARU! semoga berbahagialah senantiasa..amin..

Sunday, January 02, 2011

Posing pengantin part I


Assalamualaikum...
Ehem2..Posing mengikut kamus Naz Zan edisi kemaskini 2011 didefinasikan sebagai kelakuan warganegara yang memainkan peranan yang tertarik lagi menarik sebagai kenangan untuk ditunjuk kepada anak cucu dan seangkatan dengannya.

Kepada sesape yang akan kahwin mesti teringin nak bergambar dengan posing yang terbaik iyo gak? entri ni part one nye,jd gambaq adalah satu je yg termampu. Yg lain tu dalam keadaan yg tungging terbalik, kalau upload bikin herot kepala nk tengok.

Gambar di atas ialah dekat ngan dam yang berlokasikan kedah sebagai lokasi outdoor photoshootnya. Pokok-pokok dan rumput warna hijau,jd pemandangan pon sudah tentu kehijauan. singnificant kn? tah ler. Yg berbahagia shah telah ditakdirkan berkahwin dengan Shasha (seperti yang terpampang di dada blog ku ini) Diucapkan semoga ke anak cucu lah pasangan dua sejoli yang sama tinggi ini..

Aiya cik siti jalan manyak susah

Ramai yang suka gambar yang di-pose. Maksud di sini yang kita buat2. Sy saje nk bgtau kt sini gambar tanpa niat juga menarik..sebab kejadian yg lebih semulajadi.CANDID maksud sy. Kenapa panggil gambar candid? boleh google kalau ada jawapan..XD

Nota meja
=candid best..natural org ckp. kejadian yg berlaku dalam hidup ni best dan patut dirakam jika ia seswai. 
pose n candid? I love it all! ^0^