Friday, September 17, 2010

Raya 2010

Salam Lebaran..


Hari raya pada tahun ni macam-macam yang berlaku..susah nak cerita dengan terperinci, yang pasti kami sekeluarga banyak berjalan ke tempat lain. Dari perak sampai ke penang. Seharian sampai ke malam. Konvoi berkereta dan bervan di samping mengeratkan silaturahim hendaknya. Ada juga sedara yang tak pernah ku jumpa, dapat dijumpai pada waktu dan ketika tersebut.


Seperti tahun-tahun sebelum 2010, aktiviti tahunan tak bukan dan tak lain lagi ialah penghasilah kuih secara tidak formal (belakang rumah), dibintangai oleh ahli keluarga tanpa mengira usia mahupun jantina. Kuih yang menjadi pilihan hari merupakan kuih 'biasa-biasa' namun tetap meriah acaranya. Almond london menjadi agenda utama. Tak dilupai kuih tat nenas, semperit, siput, serta kuih-kuih yang seangkatan dengannya.~ Maaf kurang pengetahuan tentang jenis dan spesies kuih nih =P.


Selaku penuang coklat ketika pembuatan Almond London, saya berasa sedikit panas di bahagian tangan,namun telah diubati dengan penangan rasa kuihnya.


Walau sedemikian rupa, terdapat juga pembatalan dalam penghasilan, julung-julung kalinya, kuih corn flakes telah dibatalkan memandangkan batas masa dan pembahagian tugas demi mengemaskan rumah. Kuih juga ada yang dibeli. Itu termasuk kerepek serta keropok tanpa dilupakan kek pisang.

Abang jee yang bekerja di Kuala Lumpur juga turut memeriahkan sambutan kali ini. Dengan menambahkan jumlah kenderaan beserta pemandu berlesen di rumah, beliau telah melancarkan segala perjalanan kami. Alhamdulillah.

Tema warna tahun ni? HIJAU ^_^


sesi tembakan- SMK Teknik Kerian, Rumahku, Kuala Kurau, Penang
p/s-mana gambar satu keluarga? sila rujuk fb..=)

1 comment:

Naz said...

Tiada gambarku di dalam post kali ni...huhu