Monday, August 30, 2010

Composition

Kali ni nak bercerita tentang composition ~ Dalam bahasa Melayu, kita boleh panggil komposisi. Dengan kat-kata yang lain, perletakan sesuatu.. bercerita tentang perletakan objek dalam gambar yang hendak ditangkap. Sekadar berkongsi ilmu, mana yang silap harap ditegur ^_~..

Rule of Space

Rule ini menyatakan bahawa untuk menggambarkan situasi, pergerakan serta idea yang gambar yang ditangkap tu lebih besar dari bahagian yang kita lihat, kita harus meninggalkan ruang kosong yang ‘kosong’ atau tidak diperlukan dalam gambar tu.

Nak bagi contoh, gambar seseorang yang sedang termenung sambil tengok ke luar rumah melalui tingkap rumah. Gambar yang nak kita tangkap tu harus ada ruang yang menampakkan arah ke mana hamba Allah tu sedang tengok. Jadi sesiapa yang tengok gambar kita tu ada idea tentang ruang yang sedang dilihat oleh manusia termenung itu tadi. Kalau tangkap gambar orang tu je, tak dapat la kita gambarkan idea penglihantannya..nak lagi best tengok gambar di bawah ye ^_~

Bila nak tangkap orang yang sedang berenang, tunjuk sikit ruang ke arah yang ingin direnangi oleh perenang kita itu tadi. Bila nak lompat ke arah lain,tunjuk dalam gambar tempat dia nak lompat tu..Begitulah hendaknya..

Bak kata Elizabeth Halford dari DPS (orang pro nih), boleh guna rule ni bersama-sama Rule of Third sebab bila bagi ruang untuk objek kita tu, kita boleh bagi ruang sepertiga dalam gambar.

Pening lagi? Agak ar =P..hehe..xpe2,tengok gambar ye ^_^

^cuba tengok kucing ni tengok ke arah mana^

Rule of Thirds

Rule of thirds ni bercerita,untuk mendapatkan gambar yang Nampak lebih bertenaga, lebih menarik dan ada tension , kedudukan objek yang kita hendak tonjolkan dalam sesuatu gambar tu atau fokus gambar kita hendaklah berada di garisan atau persilangan yang membahagikan gambar tu kepada tiga bahagian..Ada yang menegak dan mendatar. Jadi semua ada Sembilan bahagian la kan? Pening?tak paham? Mana nak dapat garisan tu? Ehehe..Kena tengok kat gambar di bawah ^_^

^fokus objek kita banyak terletak di garisan^


Rule of Odds

Kajian menyatakan yang manusia rasa lebih selesa dan tenang untuk melihat gambar yang mempunyai subjek yang jumlahnya ganjil (witir orang kata..huhu). Jadi rule ni menyatakan yang sesuatu gambar adalah lebih menarik dan tertarik jika objek yang kita hendak tunjukkan tu jumlahnya ganjil..

Jadi kalau kita nak tangkap gambar bunga ke, orang ke, cuba cari yang jumlahnya ganjil.. sebab mata manusia suka tengok yang jumlahnya ganjil. Camne pulak kalau tangkap gambar orang kahwin? Pengecualian….hohoho.

Erm,mungkin kalau nak guna rule ni jugak,nak bagi lebih menarik. Boleh pinjam anak sesape kat majlis kawin tu..sedara ke, “Eh, pinjam sat anak hang nak tgkap gambar dengan pengantin”..huhu..(p/s: Rule ni tidak mempunyai kaitan dengan orang ketiga mahupun main kayu tiga,apatah lagi madu tiga..)..xP

^Jumlah adik-adik ni kat bawah yang menjadi objek gambar - 3 orang^


Viewpoint

POV. Apakah itu? Itulah point of view. Kalau bahasa melayu, rasanya titik penglihatan. Kita adalah pemerhati dan mata adalah mata kita(metafora je..huhu). Bagaimana nak praktikkan rule ni? Kucing akan digunakan sebagai subjek. Keadaannya:

SATU)Apabila nak tangkap gambar kucing, kucing tu kat depan kita dan kita sedang berdiri(nampak banyak bahagian atas badan kucing tu) ~Kita akan memberi kita keadaan perasaan kehebatan,atau ketinggian (superiority) berbanding kucing tersebut.

DUA)Kita sedang menangkap gambar kucing searas dengan matanya. Posisi kita tangkap gambar sambil berbaring atau bersekeadaan dengannya(menampakkan banyak bahagian tepi seperti kepalanya atau tepi badan die je)~memberi gambaran persamaan atau ketersamaan camtu la (equality).

TIGA)Menembak kucing dari bawah!-tembak = shooting..hehe. Mungkin kita boleh letak kucing tu kat atas meja,pastu kita tangkap gambar dari sudut bawah sambil mendongak ke atas. Jadi Nampak banyak bahagian bawah kucing tu ~Menunjukkan idea kehebatan (dominance) subjek kite tu..contoh tangkap gambar KLCC dari bawah,jadi bgunan tu nmpak hebat,besar dan gah..^_^

^tangkapan ketika jurugambar sedang berdiri,adik ni dah la kecil, lagi nampak kecil dan kita rasa lebih seperior,perasan tak?^


p/s: Walaupun tajuknya rule, tapi ia bukanlah undang-undang yang mengakibatkan anda ditangkap akibat penyalahgunaannya,apatah lagi disaman pak guard. Tetapi sebagai panduan untuk memberi tarikan. .tq kepada pemberi ilham untuk post ini ^_^..jika ada sesiapa mahu memberi cadangan amat dialu-alukan ye ^0^


Contoh Gambar yang guna panduan di atas =)

Lokasi Tembakan

-Padang A, Lumut, Lunas,Kedah(Akad nikah pejon) dan Kucing tu kat rumah ^_^

Senarai Rujukan:

-Digital photography school

http://digital-photography-school.com/four-rules-of-photographic-composition

-Wikipedia

http://en.wikipedia.org/wiki/Rule_of_thirds

2 comments:

najla said...

hmm.. bagus2..
baru faham.. klu tgk kt blog len, payah bebenor nak paham..
pasni leh la bljar.. kemera nikon ade je kt umah tp xreti nak amk gmba cantik2..
lps ni leh share post len plak..
tq

Naz said...

Terima kasih ^_^

baguslah kalau faham,rasa dihargai pulak..hehe.
oh yeke? kamera ape pn boleh rasanya,sebenarnya yg disini pun masih baru belajar..
sama2 lah kita belajar ye ^_~,
menangkap gambar sambil mengagumi ciptaanNya.
Sbnarnya ada lg tips2 lain,nnt kalau berkesempatan akan ditambah lg, Insyaallah..best jgk tulis psal ape yg kte minat ni..

^0^ tq