Monday, October 10, 2011

JOM JOIN BLOGLIST REYNN..

Assalamualaikum...


Buat julung-julung kalinya Naz akan menyertai bloglist. Tak pernah lagi menceburi bidang bloglist ni. ReYnn...Beliau merupakan seorang blogger yang disegani, berstatus retis tetapi berjiwa tak retis. oh sungguh kompleks perwatakannya, namun diakui blog beliau sangat menarik dan penuh pengisian, banyak perkara baru yang naz dapat tahu.Tahu?

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan cik ReYnn merupakan gadis yang baik hati serta berkeperibadian sopan santun lagi penyantun. Blogger yang rendah diri ini sangat sukakan benda yang comel-comel, macam doodle di atas tu. Jadi naz buat kesimpulan sendiri mesti dia suka kucing. betul tak ReYnn??

'JOM JOIN BLOGLIST ReYnn telinga gerak-gerak' 
hihi..jangan marah ReYnn

Untuk maklumat lanjut, sila klik doole comel bertudung di atas, kalau klik kepala kucing bawah ni pun boleh..haha (telinga comel ni tiada kaitan dengan si empunya badan harap maklum..hehe)


ha kawan-kawan, jom la join!  click to believe

Sunday, October 09, 2011

saya di kuantan

Assalamualaikum...
Berada di kuantan untuk case study.. memang memenatkan..tapi seronok itu terasa.

Ada satu gambar yang menunjukkan suasana.dalam banyak-banyak gambar, saya pilih yang ni.

Saya dan domo-kun


Ha, ada gambar lagi masa trip ni..cuba tengok. Ni kat Teluk Cempedak. Setelah berpenat lelah di bangunan yang kami kaji, kami dipandu oleh pemandu bas ke lokasi ni. Masa dalam perjalanan yang hujan lebat baq hang..sampai-sampai tak hujan dah. Alhamdulillah..

Pandangan ke arah laut

Muzium Sungai Lembing pun kami pergi, memang banyak pasal perlombongan dalam tu. Memang bernilai sejarah pameran-pameran dalam muzium ni. Tapi yang terbaik pemandangan lanskap sekitar bangunan,
oh kami bergambar tak hengat...

Depan bangunan tersebut

Saya dah melangkah ke Shah Alam pun. Kuantan in Memory+report pending in mind

moral untuk saya hari ni,
Tak perlu merungut. Tak untung pun

Friday, September 30, 2011

saya kawan awak kawan saya

Assalamualaikum...


Terkadang janji tak sengaja dimungkiri, bukan kerana tidak menghargai hadirnya kamu sebagai sahabat. Hanya kerana sudah ditakdirkan janji ini hanya tinggal lafaz janji. Masa berubah, ia berubah. Tak kira apa.


Aku hanya mahu kau tahu, kau sahabat. Lebih indah bagiku jika aku ungkapkan sebagai kawan. Warna-warni pelangi hidupku tak akan lengkap tanpa hadir mu sebagai warna kita, warna-warna sahabat. Bukan aku minta diri ini diampuni, simpanlah jika masih ngilu dirasa dihati. Sangat cukup walau ku dengar ucapan selamat malam darimu, walau sekali lagi. Aku cuma mahu rasa hadirnya dirimu lagi.

Pedih kan? aku seakan rasa apa yang kau lalu, betul aku tak tipu. Aku pun tentu akan menyepi bila ia berlaku, ya..aku pun akan buat sama dengan apa yang kau buat sekarang. Ah, entahlah tak boleh lagi aku tulis kata yang dapat menghuraikan apa yang aku rasa, biar la setakat ini T.T

Awak tahu, awak kawan saya..

Rainbow Twilight Pictures, Images and Photos



cresdits to:
photobucket.com/home/rlbit6
photobucket.com/home/ceemeeflash
friensxite.com

Wednesday, September 28, 2011

wordless wednesday - profile picture

Assalamualaikum...







source : phdcomics.com