Wednesday, July 27, 2011

Ouch! Nevermind!!

Assalamualaikum...

Hidup ni ada perkara yang kita kena letgo. selalu yang pahit-pahit je la kte wat cenggitu. Bila hidup, bukan semua manis dan bukan semua pahit. Ada juga yang rasa kelat-kelat dan tawar tak rasa apa-apa.

Bila ada yang nk di letgo, perkara ni yang manusia selalu kita buat :

1- kita fikir yang benda tu tak pernah berlaku. 
"nevermind!"
2- jadikannya seolah-olah ia tak ada apa-apa a.k.a Buat don't know.
"la la la laaaa xD"

Namun ada jugak yang buat macam ni :

1- pendam dalam-dalam dan terus mengenang nasib.
"uish, sakit jiwa tu!"

2- truss...buat keja yang tak berpaedah..contoh?? erm...picit jerawat? ha..paham2 la kn..
"sama level ngan super gaban dah ni..!"

rain Pictures, Images and Photos
Live like holding an umbrella – protecting urself from the rain, but still...viewing the beauty of the rainy day
rain Pictures, Images and Photos

and not like a cup in the rain - keeps the water contained till it overflow

Setiap perkara ada hikmahnya. terpulang pada kita jika kita hendak memanfaatkannya. =)

Wordless Wednesday - Beauty

Assalamualaikum...

beauty quote Pictures, Images and Photos

Thursday, June 23, 2011

Cuti 4 bulan! SE

Assalamualaikum...


        Entri ini saya nak sambung cerita pasal cuti empat bulan yang saya alami. Saya ada tulis hari tu yang saya tak cari kerja pun masa cuti kali ni walaupun cuti ni panjang. Adakah sangat tidak matang? Tau duduk sahaje guyang kaki peRabih beras mak bapak? 

Oh tidak juga. Walaupun saya tak buat kerja full time macam kawan-kawan yang seangkatan dengan saya tu, saya buat kerja part time. Pulangan kerja yang saya buat ni plak macam saya kerja full time- mak saya la kata macam tu :)

Kerja kat kilang, kedai makan, cyber cafe, butik..sume tak pernah. Saya pandai kerja sendiri je, bukan kerja makan suap sendiri, tapi bisnes ^_^. Kalau nak tau, saya rasa diri saya ni otak bisnes. Dari form 1 lagi, saya tinggal di asrama. Kalau asrama sekolah menengah rasa-rasa ape yang selalu budak-budak tu jual? Ce teka? Ha! Megi la. Adik saya yang pompuan tu pun jual megi gak kt asrama dia..sapa ajaq dia tah..haha.

Berbalik kepada yang tadi, sebelum saya masuk u, saya ada jual software, kira macam macam sistem komputer camtu a.k.a programmer tak bertauliah la saya ni.hehe. Guna microsoft visual basic untuk buat projek tu. Satu projek boleh dapat ratus-ratus lah jugak, tapi saya buat sekali je. Lepas masuk u, saya buat printing services, agak menarik jugak buat printing ni, sebab budak u kan selalu nak print kerja diorang, asignment, presentation, untuk mock up dan segala bagai. Yang suruh fotostet note pun ada. 

Dugaan printing ni plak ada macam-macam, bila nak tidur tup tup orang datang nak print-budak tidur awal la katakan..pastu tengah bz wat kerja, ada plak nk print..tapi yang penting &! haha..act, beberapa sem je saya wat printing besar-besaran ni..pastu print kat kengkawan je.
Adik saya

Sekarang ni saya wat bisnes fotografi, benda ni saya minat! Dari sekolah rendah lagi saya main kamera.
Pasal kamera dan saya ni saya ada buat entri, boleh tekan kat sini. Tp kalau kat sini pon boleh. Sekali tangkap gambar kita boleh dapat ratus-ratus hingga ribu-ribu mengikut pakej yang client mintak. Tapi saya selalu buat yang pakej di tahap sederhana je.

Tangkap gambar ni penat jugak, tapi bila minat tak jadi susah. Oh ye, saya ni kira macam ulat photoshop lah jugak, sebab suka edit gambar. Jadi post processing saya selalu buat sendiri. Tapi kadang-kadang kalau nak main tone, saya lebih suka guna lightroom.
shooting+post processing=$_$

Sebenarnya ada lagi aktiviti saya masa cuti ni, tapi rasa nak tulis lain kali je..

thanks for reading guys! 
 

Monday, June 20, 2011

Saya Ketika Menaip

Assalamualaikum..

Entri kali ini saya nak cerita pasal blog decisionpack ni. Kira macam sejarah penubuhan la.
Pada suatu hari tu, saya kat library, masa tu saya belajar kat UiTM Seri Iskandar di perak. Saya duduk sengsorang je masa tu, tak ingat sebab utama ke sana..hmm..lupe..

Petang tu saya rasa happy2 sambil meng-online kan diri secara solo dengan internet wireless yang lebih laju tatkala kawasan tersebut kesunyian. Sebenarnya saya bukanlah betul-betul kat library tu, tapi kat bawah library. Ada orang panggil foyer library, tapi saya pun tak tau apa nama tempat tu. Ala, tempat duduk-duduk dekat tangga nak naik library tu, mesti yang blajar kat sana tau tempat tu. Tempat yang selalu menjadi lokasi perbincangan kumpulan(kalau ada asgment je kot) sejak saya sem 1 lagi.

Ok sambung balik. Tempat tu agak terbuka, jadi boleh nampak pokok-pokok dan rumput-rumput yang kehijauan.Pandangan pun luas disebabkan bangunan lain kurang menghalang. Hijau? Saya memang suka warna hijau dan pemandangan yang luas. Dua-dua perkara tu boleh merehatkan mata tau? Saya baca dari buku pelangi.

Masa yang merehatkan minda ni saya bukak laman web blogspot, niat nak mencoretkan apa-apa yang terlintas difikiran, kiranya macam diari la, walaupun saya tak pernah ada diari T-T, jadi nak mula lah ni. Niat nak baca sengsorang je pada mulanya..tapi niat dah tersimpang dah pun sekarang ni.xpe2, kite kongsi2..Lagipun kecik-kecik dulu saya ada cita-cita jadi penulis..

Lama kelamaan saya suka menulis blog, sebab ada yang suka saya tulis. Dulu saya selalu tulis dalam english, sebab seronok2, ada jugak entry dalam bahasa melayu..campur-campur la. Lama punya lama saya berblog, pastu sy delete sume entri2 lama sampai licin, kusong..pastu lama baru saya berblog balik. Jiwa kacau masa tu..haha xD

Tapi kan, gambar masa mula-mula saya upload letak dalam blog ni ada lagi..hehe. Cube tgk ^^
ni gambar dalam library. Tajuk entri tu kalau tak silap saya, the red chair..tapi dah tak wujud da pon..


Bertahun jugak gambar ni, macam umur blog ni jugak.
Saya lebih suka menulis pasal apa yang saya rasa berbanding apa yang orang rasa, kiranya ikhlas dari hati lah tu..hikhik 

Sekarang pulak, saya selalu taip apa yang saya rasa saya nak tulis, tak tentu hala kadang-kadang tu..

Apakah moral dari cerita ni?? jgn jiwa kacau! Haha Xp

Terima kasih =) semoga hari esok lebih baik dari hari ini.. ^^