Saturday, August 28, 2010

Foto oleh adik-beradik

Ni kat rumah,awan main guli pastu tak simpan balik..mgkin ssebab nak hujan kot mse tu


Kucing berbaris ^^

Suatu ketika Fajarkala di UiTM ku



Fotografi kami




Gambar di atas sekali tu saya dan yang di bawah tu pulak,adik saya la..Awan..
Agaknya kami anak beranak dah mula minat berfotografi ni.. Yang mula-mula sekali minat tu Abg jee dengan saya la..kami memang lama dah minat tangkap-tangkap gambar ni. Lepas tu Faiz dengan Awan pun join sekaki..hehe

Awan dengan Faiz pun bukan calang-calang foto nya, sudut menarik..walaupun belum belajar pasal composotion, bakat dah ada..^_^ Alhamdulillah..

kami suka ambil gambar alam sekitar dan binatang.. Daun, pokok, serangga dan paling banyak sekali,kucing..kenapa ye? sebab rumah kami banyak kucing kot,tak lah banyak sangat pun,tp anak dia baru lahir..bertambah-tambah la generasi kucing di rumah tu..comel lak tu (pada pendapat saya la..huhu)

Oh ye,kamera pilihan..Nikon ler ^_~

Pada saya, fotografi ni seperti penglipur lara.. Tukang cerita =)
Tugas sebagai pencerita tentang sesuatu pihak tentang sesuatu yang telah berlaku pada masa lampau..skema nya ayat..huhu
Melalui foto-foto, kita boleh mengagumi kebesaran ciptaan Allah, ya..Itulah niat saya minat tentang kamera dan fotografi ni..

Hijau itu Indah


Setiap sesuatu yang diciptakan oleh Allah ada hikmahnya.. tak ada sesuatu pun yang sia-sia.. sekadar berkongsi cerita.
Perkara yang berada di sekeliling kita yang dapat menenangkan hati:

-Melihat sesuatu yang berwarna hijau..yakni tumbuh-tumbuhan.
-Mendengar bunyi airan air, seperti aliran air di air terjun.

Marilah kita keluar melihat alam ciptaan Allah S.W.T yang indah,sesungguhnya ia berada di sekeliling kita, nikmat dari Allah..
Subhanaallah hebatnya ciptaan Tuhan yang maha Esa, moga ia dapat meningkatkan tahap iman kita, sebagai manusia yang Iman nya tidak sekental iman para nabi..mudah lemah,sering dipengaruhi persekitaran..

Tuesday, July 27, 2010

Impian..?

Ada orang kata:

Langit tak selalu cerah..

Ku ingat panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari…

Memang ada banyak lagi ungkapan-ungkapan lain yang dapat kita dengar tentang perkara ni.. kadang-kadang tu memang susah kita nak fahami maksudnya yang sebenar bila kita sendiri melalui perkara tu. Ada kalanya yang kita rasa tu, kesannya sikit je,tapi kadang-kadang tu ungkapan ini umpama panahan petir yang seolah-olah menyambar tepat ke tubuh kita. Memang, kita hanya mampu merancang, tapi semua yang berlaku,tak semua yang kita jangkakan akan berlaku kan? Mungkin kita dah rancang yang terbaik untuk diri dan keluarga kita, namun bukan semuanya menjadi betu-betul yang kita mahukan, dan boleh jadi, terus menyimpang dari impian.. Selalunya, apa yang dirancang Nampak tepat dan baik pada permulaan..tapi…?

Kita semua mesti ada sesuatu yang kita mahukan sangat, kita harapkan sesuatu bagai nak rak, separuh mati pun masih kita cuba untuk usahakan untuknya.. tak kiralah tentang apa-apa macam pangkat, harta, impian hidup, atau isteri sekalipun, hidup kita mesti takkan puas kalau kita tak dapat nak kecapi sesuatu tu…Ia seolah-olah tujuan hidup kita pada masa tu..

Mungkin apa yang saya cakap tadi macam agak kurang sesuai, semua tahu yang tujuan hidup kita bukanlah sesuatu yang duniawi sahaja. Kita dilahirkan sebagai hamba Allah, sudah tentu tujuan hidup kita ialah mentaati perintah yang maha Esa. Bila difikirkan, itulah kita,manusia yang sering lupa diri.. kerana tujuan hidup atau impian yang membara, tujuan hidup sebenar dilekehkan dan diketepikan..

Apa sebenarnya yang cuba saya ungkapkan kali ni? Tak lain tak bukannasihat buat diri sendiri.. tak harap pun siapa pun baca. Hubungan dengan manusia mungkin ku telah cuba sebaik mungkin, namun hubunganku dengan penciptaku masih lemah..Ya Allah, bersihkanlah hatiku..bimbinglah diriku ke arah yang diredhaimu.. amin..