Saturday, August 28, 2010

Hijau itu Indah


Setiap sesuatu yang diciptakan oleh Allah ada hikmahnya.. tak ada sesuatu pun yang sia-sia.. sekadar berkongsi cerita.
Perkara yang berada di sekeliling kita yang dapat menenangkan hati:

-Melihat sesuatu yang berwarna hijau..yakni tumbuh-tumbuhan.
-Mendengar bunyi airan air, seperti aliran air di air terjun.

Marilah kita keluar melihat alam ciptaan Allah S.W.T yang indah,sesungguhnya ia berada di sekeliling kita, nikmat dari Allah..
Subhanaallah hebatnya ciptaan Tuhan yang maha Esa, moga ia dapat meningkatkan tahap iman kita, sebagai manusia yang Iman nya tidak sekental iman para nabi..mudah lemah,sering dipengaruhi persekitaran..

Tuesday, July 27, 2010

Impian..?

Ada orang kata:

Langit tak selalu cerah..

Ku ingat panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari…

Memang ada banyak lagi ungkapan-ungkapan lain yang dapat kita dengar tentang perkara ni.. kadang-kadang tu memang susah kita nak fahami maksudnya yang sebenar bila kita sendiri melalui perkara tu. Ada kalanya yang kita rasa tu, kesannya sikit je,tapi kadang-kadang tu ungkapan ini umpama panahan petir yang seolah-olah menyambar tepat ke tubuh kita. Memang, kita hanya mampu merancang, tapi semua yang berlaku,tak semua yang kita jangkakan akan berlaku kan? Mungkin kita dah rancang yang terbaik untuk diri dan keluarga kita, namun bukan semuanya menjadi betu-betul yang kita mahukan, dan boleh jadi, terus menyimpang dari impian.. Selalunya, apa yang dirancang Nampak tepat dan baik pada permulaan..tapi…?

Kita semua mesti ada sesuatu yang kita mahukan sangat, kita harapkan sesuatu bagai nak rak, separuh mati pun masih kita cuba untuk usahakan untuknya.. tak kiralah tentang apa-apa macam pangkat, harta, impian hidup, atau isteri sekalipun, hidup kita mesti takkan puas kalau kita tak dapat nak kecapi sesuatu tu…Ia seolah-olah tujuan hidup kita pada masa tu..

Mungkin apa yang saya cakap tadi macam agak kurang sesuai, semua tahu yang tujuan hidup kita bukanlah sesuatu yang duniawi sahaja. Kita dilahirkan sebagai hamba Allah, sudah tentu tujuan hidup kita ialah mentaati perintah yang maha Esa. Bila difikirkan, itulah kita,manusia yang sering lupa diri.. kerana tujuan hidup atau impian yang membara, tujuan hidup sebenar dilekehkan dan diketepikan..

Apa sebenarnya yang cuba saya ungkapkan kali ni? Tak lain tak bukannasihat buat diri sendiri.. tak harap pun siapa pun baca. Hubungan dengan manusia mungkin ku telah cuba sebaik mungkin, namun hubunganku dengan penciptaku masih lemah..Ya Allah, bersihkanlah hatiku..bimbinglah diriku ke arah yang diredhaimu.. amin..

Tuesday, July 13, 2010

Nasihat buat diri

“ Dua kenikmatan yang kebanyakan manusia lalai daripadanya: nikmat
kesehatan dan nikmat kesempatan. “ -HR Bukhari

Diri sendiri selalu merancang, nak buat yang ni..yang tu..semua ke arah kebaikan. Ye lah azam semester ni nak buat yang terbaik dalam pelajaran dan akhirat jugak. Buku-buku ilmiah banyak jugak dah beli, macam-macam hal dan bab. Tapi yang dibaca baru je sikit,separuh pun tak sampai..
hmm, pembazirankah apa yang aku buat ni Ya Allah? memang buku ni hobi sjak kecil lagi..suka kat buku- beli buku, baca buku..dari yang beratus-ratus helai ke ribu-ribu helai satu buku.. buku cerita ada, kitab ada, buku motivasi..majalah pun ada jugak sikit.

Kesempatan yang ada selalu dihabiskan dengan perkara yang melalaikan, rancang nak baca buku-buku yang dibeli..nak dihabiskan semua kalau boleh, tapi asyik buat benda lain plak.. pastu bila dah tak sihat baru teringat nak baca buku,nak buat tugasan.

Apa yang dicoret untuk nasihat diri sendiri.. Naz, jangan buang masa.. banyak perkara belum selesai lagi..

"Hati ini menjadi muak ketika tubuh menjadi muak ; maka carikan ucapan -
ucapan bijaksana yang indah untuknya." -Imam Ali Bin Abi Thalib RA

Wahai diri yang dikasihi..jangan dah sakit baru lah fikir pasal kerja dan tanggungjawab.
Amanah dah digalas,jadi galas sepenuh hati.. Saya seorang anak, pelajar dan semestinya hamba Allah..

“Iman itu bukanlah angan-angan dan juga bukan perhiasan; tetapi
Iman itu adalah sesuatu yang menetap dalam hati, dan dibenarkan
dengan amal” -HR Al-Dailamy

kuatkanlah iman mu wahai diri.. Ya Allah kuatkanlah hati ini menuju jalan yang lurus..

"Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah dan apabila engkau
memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan dari Allah." -HR At Tirmidzi

Sunday, July 11, 2010

Jadi OC lagi



Side elevation..
Kedatanagan Siswi yang dinanti2 dengan sabar
Siswa melangkah ke dalam DSI baru
Posing2!..^_^

Kali ini tugas menjadi OC lebih mencabar dari dulu, pelajar yang dijangkakan mendaftar lebih dari 3000. Yang masuk taklah sampai banyak macam tu ^_^
Niat kne betul, InsyaAllah akan dimudahkan..
Abu Dzar RA menyerukan ajar ajaran
kemasyarakatan dan kepedulian sosial yang pernah didengarnya
sendiri dari Rasulullah SAW :

"Tiap orang dari kalian adalah penggembala, dan tiap penggembala
bertanggung jawab atas gembalaannya...."

kita hidup bermasyarakat,bantu membantu amalan mulia..niat kerana Allah