Thursday, October 20, 2011

Thanks everyone

Assalamualaikum...


17 Oktober 2011 adalah tarikh yang sangat bersejarah. Begitu juga 17 Oktober tahun-tahun yang lain. bukan sebab hari terakhir boleh validate course, tapi dengan pasti itu adalah disebabkan tarikh lahir saya. Untuk lebih tepat, pada 2.15 petang pada surat beranak. Di sini saya dengan rasa sangat terharu melahirkan rasa terharu seraya mengucapkan terima kasih sambil terharu pada yang ucap selamat pada saya hari tu, tak lupa juga ramai yang buat ucapan serta mendoakan yang baik-baik buat saya. Oh, saya rasa sangat terharu mempunyai teman-teman seperti kalian.

Apalah hari lahir tanpa wish, begitu jugalah apalah wish kalau tak rasa terharu. Banyak betul komen-komen di muka buku, mesej fb dan SMS yang diterima masuk. Sampai kelas pagi tu kawan-kawan wish.. ada nyanyi lagu hari jadi bahasa mandarin.. nyanyi lah bahasa Korea berirama k-pop pun saya masih juga rasa terharu juga. Oh, terima kasih. Saya dapat coklat. Dah lama tak dapat hadiah coklat. Terima kasih kepada si pemberi.


<--expresitasi rasa terharu yang tidak dapat diluah keluar
Di rumah sewa ada seekor kucing yang bunting. Pada tarikh lahir saya beliau telah memberanakkan dirinya. Bukan anak saya tapi anak kucing. 5 ekor. Buat sekali lagi hari tersebut terasa lebih istimewa dengan kedatangan 5 ekor cahaya mata kucing. Semoga anak-anak kucing tersebut tidak nakal-nakal dan tidak memilih makanan..kepada Ibu kucing, tahniah dan selamat menjaga anak-anakmu. 


Alhamdulillah, saya masih dikurniakan pelbagai nikmat untuk masih menghirup udara dan merasai nikmat Allah yang sangat berharga. Sudah lebih 20 tahun. Moga saya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba dengan baik..amin..

Mak saya tanya, birthday kali ni hajat apa? saya terkesima lalu tak menjawab.. sampai sekarang masih terfikir..

picture source : lyana ali

Wednesday, October 12, 2011

wordless wednesday - love love love

Assalamualaikum...

Monday, October 10, 2011

JOM JOIN BLOGLIST REYNN..

Assalamualaikum...


Buat julung-julung kalinya Naz akan menyertai bloglist. Tak pernah lagi menceburi bidang bloglist ni. ReYnn...Beliau merupakan seorang blogger yang disegani, berstatus retis tetapi berjiwa tak retis. oh sungguh kompleks perwatakannya, namun diakui blog beliau sangat menarik dan penuh pengisian, banyak perkara baru yang naz dapat tahu.Tahu?

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan cik ReYnn merupakan gadis yang baik hati serta berkeperibadian sopan santun lagi penyantun. Blogger yang rendah diri ini sangat sukakan benda yang comel-comel, macam doodle di atas tu. Jadi naz buat kesimpulan sendiri mesti dia suka kucing. betul tak ReYnn??

'JOM JOIN BLOGLIST ReYnn telinga gerak-gerak
hihi..jangan marah ReYnn

Untuk maklumat lanjut, sila klik doole comel bertudung di atas, kalau klik kepala kucing bawah ni pun boleh..haha (telinga comel ni tiada kaitan dengan si empunya badan harap maklum..hehe)


ha kawan-kawan, jom la join!  click to believe

Sunday, October 09, 2011

saya di kuantan

Assalamualaikum...
Berada di kuantan untuk case study.. memang memenatkan..tapi seronok itu terasa.

Ada satu gambar yang menunjukkan suasana.dalam banyak-banyak gambar, saya pilih yang ni.

Saya dan domo-kun


Ha, ada gambar lagi masa trip ni..cuba tengok. Ni kat Teluk Cempedak. Setelah berpenat lelah di bangunan yang kami kaji, kami dipandu oleh pemandu bas ke lokasi ni. Masa dalam perjalanan yang hujan lebat baq hang..sampai-sampai tak hujan dah. Alhamdulillah..

Pandangan ke arah laut

Muzium Sungai Lembing pun kami pergi, memang banyak pasal perlombongan dalam tu. Memang bernilai sejarah pameran-pameran dalam muzium ni. Tapi yang terbaik pemandangan lanskap sekitar bangunan,
oh kami bergambar tak hengat...

Depan bangunan tersebut

Saya dah melangkah ke Shah Alam pun. Kuantan in Memory+report pending in mind

moral untuk saya hari ni,
Tak perlu merungut. Tak untung pun