Tuesday, July 27, 2010

Impian..?

Ada orang kata:

Langit tak selalu cerah..

Ku ingat panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari…

Memang ada banyak lagi ungkapan-ungkapan lain yang dapat kita dengar tentang perkara ni.. kadang-kadang tu memang susah kita nak fahami maksudnya yang sebenar bila kita sendiri melalui perkara tu. Ada kalanya yang kita rasa tu, kesannya sikit je,tapi kadang-kadang tu ungkapan ini umpama panahan petir yang seolah-olah menyambar tepat ke tubuh kita. Memang, kita hanya mampu merancang, tapi semua yang berlaku,tak semua yang kita jangkakan akan berlaku kan? Mungkin kita dah rancang yang terbaik untuk diri dan keluarga kita, namun bukan semuanya menjadi betu-betul yang kita mahukan, dan boleh jadi, terus menyimpang dari impian.. Selalunya, apa yang dirancang Nampak tepat dan baik pada permulaan..tapi…?

Kita semua mesti ada sesuatu yang kita mahukan sangat, kita harapkan sesuatu bagai nak rak, separuh mati pun masih kita cuba untuk usahakan untuknya.. tak kiralah tentang apa-apa macam pangkat, harta, impian hidup, atau isteri sekalipun, hidup kita mesti takkan puas kalau kita tak dapat nak kecapi sesuatu tu…Ia seolah-olah tujuan hidup kita pada masa tu..

Mungkin apa yang saya cakap tadi macam agak kurang sesuai, semua tahu yang tujuan hidup kita bukanlah sesuatu yang duniawi sahaja. Kita dilahirkan sebagai hamba Allah, sudah tentu tujuan hidup kita ialah mentaati perintah yang maha Esa. Bila difikirkan, itulah kita,manusia yang sering lupa diri.. kerana tujuan hidup atau impian yang membara, tujuan hidup sebenar dilekehkan dan diketepikan..

Apa sebenarnya yang cuba saya ungkapkan kali ni? Tak lain tak bukannasihat buat diri sendiri.. tak harap pun siapa pun baca. Hubungan dengan manusia mungkin ku telah cuba sebaik mungkin, namun hubunganku dengan penciptaku masih lemah..Ya Allah, bersihkanlah hatiku..bimbinglah diriku ke arah yang diredhaimu.. amin..

Tuesday, July 13, 2010

Nasihat buat diri

“ Dua kenikmatan yang kebanyakan manusia lalai daripadanya: nikmat
kesehatan dan nikmat kesempatan. “ -HR Bukhari

Diri sendiri selalu merancang, nak buat yang ni..yang tu..semua ke arah kebaikan. Ye lah azam semester ni nak buat yang terbaik dalam pelajaran dan akhirat jugak. Buku-buku ilmiah banyak jugak dah beli, macam-macam hal dan bab. Tapi yang dibaca baru je sikit,separuh pun tak sampai..
hmm, pembazirankah apa yang aku buat ni Ya Allah? memang buku ni hobi sjak kecil lagi..suka kat buku- beli buku, baca buku..dari yang beratus-ratus helai ke ribu-ribu helai satu buku.. buku cerita ada, kitab ada, buku motivasi..majalah pun ada jugak sikit.

Kesempatan yang ada selalu dihabiskan dengan perkara yang melalaikan, rancang nak baca buku-buku yang dibeli..nak dihabiskan semua kalau boleh, tapi asyik buat benda lain plak.. pastu bila dah tak sihat baru teringat nak baca buku,nak buat tugasan.

Apa yang dicoret untuk nasihat diri sendiri.. Naz, jangan buang masa.. banyak perkara belum selesai lagi..

"Hati ini menjadi muak ketika tubuh menjadi muak ; maka carikan ucapan -
ucapan bijaksana yang indah untuknya." -Imam Ali Bin Abi Thalib RA

Wahai diri yang dikasihi..jangan dah sakit baru lah fikir pasal kerja dan tanggungjawab.
Amanah dah digalas,jadi galas sepenuh hati.. Saya seorang anak, pelajar dan semestinya hamba Allah..

“Iman itu bukanlah angan-angan dan juga bukan perhiasan; tetapi
Iman itu adalah sesuatu yang menetap dalam hati, dan dibenarkan
dengan amal” -HR Al-Dailamy

kuatkanlah iman mu wahai diri.. Ya Allah kuatkanlah hati ini menuju jalan yang lurus..

"Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah dan apabila engkau
memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan dari Allah." -HR At Tirmidzi

Sunday, July 11, 2010

Jadi OC lagi



Side elevation..
Kedatanagan Siswi yang dinanti2 dengan sabar
Siswa melangkah ke dalam DSI baru
Posing2!..^_^

Kali ini tugas menjadi OC lebih mencabar dari dulu, pelajar yang dijangkakan mendaftar lebih dari 3000. Yang masuk taklah sampai banyak macam tu ^_^
Niat kne betul, InsyaAllah akan dimudahkan..
Abu Dzar RA menyerukan ajar ajaran
kemasyarakatan dan kepedulian sosial yang pernah didengarnya
sendiri dari Rasulullah SAW :

"Tiap orang dari kalian adalah penggembala, dan tiap penggembala
bertanggung jawab atas gembalaannya...."

kita hidup bermasyarakat,bantu membantu amalan mulia..niat kerana Allah

Friday, July 09, 2010

Hebatnya ciptaan maha pencipta


Dalam sebuah kitab Imam Al -Ghazali menceritakan
suatu ketika tatkala Nabi Daud AS sedang duduk membaca kitab az -Zabur,
dengan tiba-tiba terpandanglah olehnya seekor ulat merah.
Lalu Nabi Daud AS. berkata pada dirinya,
"Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Ternyata usai ucapan itu terlontar, Allah SWT pun mengizinkan ulat merah itu
berkata-kata.
"Wahai Nabi Allah! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku
untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu
akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah
mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala
Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap
malam sebanyak 1000 kali. “

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi
Daud AS.
"Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku mendapat
faedah darimu?".

Segera Nabi Daud AS menyadari akan kekhilafannya
karena memandang remeh ulat tersebut, beliau pun bertaubat dan berserah
diri kepada Allah S.W.T.

Subhanallah ..

Bangsa binatang telah menghuni bumi ini lebih lama dari kita, manusia…dan
bukankah mereka juga bertasbih memuji Allah dengan cara mereka sendiri ?
Lebih banyakkah kita memuji Allah daripada mereka ?

“ Tidakkah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada -Nya bertasbih
apa yang ada di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan
mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui
(cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui
apa yang mereka kerjakan. (Surat An -Nur: 41) “

Thursday, July 08, 2010

Mutiara kata bertauladan



Abu Hurairah:
“Jadilah orang yang selalu puas dengan rezeki Allah, nescaya engkau akan
jadi orang yang paling bersyukur.”
(Ibnu Majah: 4217)

Imam Hambali : "Tidak ada bahaya bagi iman
melainkan cinta keduniaan, dan tidak ada bahaya bagi hati
melainkan tertarik pada perhiasan dunia. Maka apabila iman telah
rosak dan hati telah hancur, apa lagi yang dibanggakan oleh
seseorang di hadapan Allah kelak?."

“Hendaknya seorang hamba selalu berharap cemas kepada Allah, jangan
berasa berjasa pada Allah dan jangan pernah putus asa dari Rahmat -Nya.”
(Tahzibul Hilyah I/ 60)

“Tidak ada musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah
hapuskan dosanya, sampai duri yang menusuknya sekalipun.”
( HR. Bukhari: 5640, Muslim: 2572)

“Wahai orang-orang beriman, janganlah seseorang mengolok -olok orang
lain. Boleh jadi orang yang diolok -olok lebih baik daripada orang yang
mengolok-olok.” (QS. Al-Hujurat: 11 )

Dari Rasulullah SAW kepada Abu Dzar Tidaklah ada orang yang berakal sebagaimana orang
yang mau bertadabbur (berfikir), tidak ada wara sebagaimana orang yang menahan diri (dari
meminta), tidaklah disebut menghitung diri sebagaimana orang yang baik akhla qnya."
Imam Ali bin Abi Thalib: "Sesungguhnya hati manusia boleh bosan dan lelah seperti layaknya
badan manusia. Oleh karena itu, carilah berbagai kegiatan yang sesuai untuknya (yang
melegakan)."

Ali bin Abi Thalib pernah berpesan, "lihatlah apa yang dika takan, dan jangan melihat siapa yang
mengatakan."

Dari Abu Hurairah, bahwasanya seorang laki -laki berkata kepada Rasulullah saw: "Berilah
nasihat kepadaku, Rasulullah bersabda janganlah kamu marah lalu beliau mengulanginya
janganlah kamu marah."

"Muslim yang terbaik adalah muslim yang muslim lainnya selamat/berasa aman dari
gangguan lisan dan tangannya." (HR. Bukhari)



Akad Nikah






Lokasi kali ini pulak kat Lunas, Kedah.
Pengantin masih muda, 21 tahun..tp dh kawin,rezeki lah katakan.. moga berbahagia ke anak cucu diucapkan.
Dari mula akad nikah,Si penanagkap gambar asyik berpusing-pusing keliling pengantin..agak-agak yang tok kadi marah tak? huhu..harap nye tak la..hehe

Tangkap Gambar Pengantin

Raja sehari bergambar bersama ^_^
Ni anak-anak sedara..
Makanan yang dihidangkan khas untuk pengantin
Pengantin perempuan
Menyambut kedatangan pengantin lelaki di hadapan rumah


Lokasi kali ini ialah di Taman Kerian, Parit Buntar, Perak.
Ramai jugak yang datang,memang meriah ditambah dengan jiran tetangga yang tak putus-putus hadir. Si penangkap gambar ni pulak sibuk mencari sudut terbaik,beratus-ratus gambar ditangkap,cuma beberapa je yang masuk dalam album..biasa la,yang penting kualiti kan..